Jun 24, 2013

Budak Perempuan Diselamatkan Pekerja Penghantaran


Seorang budak perempuan berusia 2 tahun setengah bernasib baik apabila selamat walaupun terjatuh dari tingkat 4, pangsapuri kediamannya. Difahamkan kanak-kanak itu ditinggalkan sewaktu sedang tidur oleh kedua ibu bapanya. Apabila dia bangun, dia memanjat tingkap rumahnya. Kes ini berlaku di Ninghai, wilayah timur Zhejiang, China.



Mujurlah seorang pekerja penghantaran menyedari kejadian itu dan bergegas bersama sekumpulan rakan-rakannya untuk menyambut budak berkenaan yang kakinya sudah terjuntai ke bawah. Budak itu yang dikenali sebagai Qiqi dilaporkan selamat tetapi dua 'hero penyelamat' cedera di leher dan tangan.

©Eriyza : Tahniah kepada abang-abang 'posmen' yang menjadi 'wira'.

Via : ChinaSmack

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.