DUNGUN – Gara-gara berpakaian mencurigakan, seorang penganggur nyaris bermalam di lokap apabila dia dicekup polis ketika berkeliaran berhampiran sebuah bank dekat sini.
Pemuda terbabit dengan identiti mencurigakan seperti seorang penagih ditahan anggota cawangan pencegahan jenayah (CPJ) ketika berkeliaran di jalan utama berdekatan sebuah bank dekat sini, tengah hari kelmarin.
Lelaki berumur 36 tahun itu, yang turut membawa sebuah beg dalam bakul motosikalnya dikatakan dalam perjalanan untuk membeli barang keperluan di Pasar Besar Dungun selepas melawat bapanya yang sedang sakit di Hospital Dungun.
Namun tindakannya yang berpakaian mencurigakan ketika berada di laluan yang dipercayai sering berlaku kes jenayah ragut itu menyebabkan anggota polis terbabit bertindak menahannya.
Dia yang memberikan pelbagai alasan untuk mengelak ditahan bagaimanapun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah dan hasil siasatan lanjut mendapati pemuda yang berasal dari kampung Batu Tiong itu mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.
"Hasil ujian saringan air kencing, suspek dibebaskan selepas dia didapati negatif dadah.
“Dia kemudiannya dibebaskan selepas diambil keterangan dan disahkan tidak terbabit dengan aktiviti jenayah,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ismail Abdullah ketika mengesahkan tangkapan tersebut.
©Eriyza : Pakaian melambangkan personaliti.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.