Jul 27, 2013

Acu Pisau Dalam Surau


MARANG – Seorang warga emas berumur 71 tahun menjadi mangsa terbaru kes samun dalam kejadian di Surau Kampung Gong Nangka, dekat sini. Mangsa, Ramlah Ismail, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, dia baru sahaja selesai menunaikan solat Zuhur.

"Saya kemudiannya membaca al-Quran seorang diri di ruang solat wanita sebelum didatangi seorang lelaki, lagaknya seperti mahu bersolat.

“Bagaimanapun, lelaki yang berada di ruang solat lelaki itu tiba-tiba menjengah ke tirai solat wanita, lalu meluru ke arah makcik dengan mengacukan senjata tajam dipercayai sebilah pisau sebelum mengambil rantai leher dari arah belakang," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut nenek kepada 18 cucu ini, lelaki terbabit mengarahkannya berdiri dan jangan membuat bising sebelum menanggalkan gelang tangannya pula.

"Selepas penjenayah melarikan diri, makcik yang ketakutan terus berlari keluar menuju ke rumah yang terletak beberapa meter dari surau untuk meminta bantuan.

“Ini kejadian kali pertama menimpa makcik sejak tinggal di kampung ini. Kerugian dianggarkan kira-kira RM20,000 dan makcik telah membuat laporan polis di Balai Polis Marang,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu dan bersyukur kerana penjenayah terbabit tidak mencederakannya.

Dalam pada itu, pihak polis juga telah mengambil keterangan daripada mangsa dan suspek kini giat diburu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dengan menggunakan senjata berbahaya.

©Eriyza : Mujurlah makcik Ramlah tidak diapa-apakan.

Via : Sinar Harian



2 Comment

Musa Ra Wed Jul 31, 02:40:00 AM

Moral cerita: Untuk apa pergi surau pakai barang kemas ?

Eriyza Mon Aug 05, 09:23:00 PM

@Musa Ra:
Lupa nak simpan kat rumah kot.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.