Jul 12, 2013

Bayi Ditikam Ibu Ketika Sedang Menyusu


Budak berusia lapan bulan bernasib baik kerana masih hidup selepas dia ditikam sebanyak 90 kali oleh ibunya. Kebanyakan tikaman itu adalah di muka bayi malang tersebut. Kejadian itu dilaporkan berlaku di Xuzhou, Wilayah Jiangsu timur China.


Ibu bayi berkenaan berang selepas bayinya menggigit ketika dia menyusukannya. Akibat tikaman itu, Xiao Bao menerima lebih daripada 100 jahitan.

Bayi itu tinggal dengan ibu dan dua bapa saudaranya yang menyara hidup dengan mengitar semula sampah. Salah seorang bapa saudara Xiao Bao menemuinya di halaman rumah dengan muka berlumuran darah. Dia bergegas menghantar bayi berkenaan ke hospital.

Wanita berkenaan disahkan tidak menghadapi masalah mental walaupun berbuat demikian terhadap darah dagingnya sendiri.

©Eriyza : Semoga Xiao Bao cepat sembuh.

Via : DailyMail



2 Comment

om sam budy Fri Jul 12, 11:19:00 PM

kasihan baget ya sob

Eriyza Fri Jul 19, 05:38:00 PM

@om sam budy:
Ye, sangat kasihan.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.