Jul 24, 2013

Belasungkawa Datin Umi Kalthum


KUALA LUMPUR: Seniwati Datin Umi Kalthum, 81, meninggal dunia di kediaman anak sulungnya di Taman Melawati, jam 4 pagi tadi.

Jenazah dijadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, Hulu Klang, sebelum solat Zuhur.

Semasa hayatnya, Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahudin telah berlakon lebih 20 filem, antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21.

Wataknya jahatnya sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah yang digandingkan dengan Latifah Omar benar-benar meninggalkan kesan kepada penonton.

Beliau juga pernah dipilih sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di Asia pada zaman kegemilangannya oleh sebuah majalah di Australia.

Hasil perkahwinan Allahyarham dengan Datuk S Roomai Noor, beliau meninggalkan lapan orang anak, termasuk pelakon, Noorkumalasari, serta 22 cucu dan seorang cicit.

Seorang lagi anak Allahyarham ialah penyanyi Anita Sarawak hasil perkahwinan pertama S Roomai Noor dengan seniwati Siput Sarawak.

©Eriyza : Al-Fatihah buat allahyarhamah.

Via : Berita Harian



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.