Jul 22, 2013

Kepala Terkeluar Dari Cermin Depan


Seorang wanita Cina terselamat daripada kemalangan ngeri walaupun kepalanya terkeluar menerusi tingkap yang remuk teruk. Wanita itu merupakan penumpang van berkenaan dan dia tidak memakai tali pinggang keledar ketika nahas itu berlaku di wilayah Guanxi, selatan China.


Van itu melanggar belakang sebuah trak. Rempuhan kuat itu menyebabkan wanita berkenaan terhantuk pada cermin kereta. Hantukan itu menyebabkan cermin retak seribu dan kepala wanita itu tersepit di dalamnya.


Ketika pasukan bomba dan paramedik tiba, mereka terpaksa mengeluarkan dahulu pemandu van yang pengsan. Kemudiannya, mereka membuat lubang di sekeliling kepala mangsa agar dia boleh dikeluarkan dengan selamat. Wanita yang berlumuran darah itu dibawa ke hospital berhampiran. Keadaannya dan teman lelakinya dilaporkan stabil.

©Eriyza : Pakailah tali pinggang untuk keselamatan.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.