Jul 21, 2013

Pengalaman Puasa Lelaki Cina



Seorang lelaki berbangsa Cina yang hanya mahu dikenali sebagai Joseph Germani mencabar dirinya sendiri untuk berpuasa selama sehari. Menurut empunya diri, dia mahu merasai sendiri pengalaman berpuasa seperti mana diamalkan oleh rakan-rakannya yang beragama Islam.

Jo mula berpuasa dari pukul 5:30 pagi sehingga 7:30 malam. Walaupun dia gagal bangun sahur, dia tetap meneruskan puasanya. Sepanjang hari berpuasa, Jo mengakui bahawa dia berasa dahaga dan lapar. Namun, hanya kesabaran yang menghalangnya dari berbuka lebih awal.

Pengalaman puasa Jo umpama pengalaman puasa penulis dan rakan-rakan lain sewaktu kecil. Syabas kepada Jo kerana melalui sendiri pengalaman berpuasa berbanding bukan muslim lain yang hanya pandai menghina agama lain tanpa memikirkan natijahnya.

©Eriyza : Buat orang Islam yang ponteng puasa, malulah sikit dengan Jo.



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.