Jul 18, 2013

Polis Trafik Dipecat Kerana Bergaduh Di Jalan Sesak



Dua orang polis trafik wanita telah dipecat ekoran mereka bergaduh di tengah jalan ketika sedang bertugas. Perkelahian tersebut berjaya dirakamkan oleh orang awam di sebatang jalan raya yang sibuk di Tangshan, wilayah Hebei, utara China.

Kedua-dua polis trafik wanita ini hanya berhenti bergaduh setelah dileraikan oleh polis trafik wanita yang lain. Dek kerana kejadian itu, beberapa pengguna jalan raya membunyikan hon kerana 'drama' mereka mengganggu perjalanan lalulintas.

Menurut jurucakap polis, kedua-dua anggotanya dipecat ekoran memberi imej buruk kepada pihak polis.

©Eriyza : Buat malu pihak polis saja.

Via : Beijing Cream



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.