Seorang lelaki bukan sahaja hidup setelah jatuh 300 kaki dari sebuah gunung di utara Wales malah turut bertuah apabila diselamatkan oleh Putera William.
Putera William, 31, menerbangkan helikopter dalam misi menyelamat Nathan Wright, 20, yang tidak sedarkan diri setelah terjatuh. Dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri. Putera William menurunkan seorang rakan sekerja RAF ke tanah untuk membawa naik mangsa ke helikopter.
Nathan, seorang pelajar dari Maidstone di Kent, telah patah kaki dan cedera di beberapa bahagian badannya. Dia telah dibawa ke Hospital Bangor untuk menerima rawatan lanjut. Dia menjalani 7 pembedahan dan telah dipindahkan ke Hopital Pembury di Kent untuk proses pemulihan yang akan mengambil masa selama beberapa minggu.
©Eriyza : Tentu Nathan bangga dengan Putera William yang menyelamatkannya.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.