Aug 2, 2013

Jonathan Yabut Juara The Apprentice Asia 2013


Jonathan Allen Yabut bukanlah seorang selebriti terkenal atau atlit popular, namun namanya melonjak naik apabila anak muda dari Filipina itu menjuarai musim pertama rancangan The Apprentice Asia. Episod akhir yang bersiaran pada 31 Julai 2013 menyaksikan pemuda berusia 27 tahun itu menewaskan Andrea Loh, 25, peserta dari Singapura.


Kemenangan itu membolehkan Jonathan bekerja di bawah Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dengan mengikat kontrak selama 1 tahun dengan jumlah gaji sebanyak 6 angka.

Pada tugasan akhir, Jonathan dan Andrea ditugaskan menganjurkan Majlis Koktel dan Lelongan Amal bagi Yayasan AirAsia. Bagi tugasan terakhir itu, Jonathan dibantu oleh Samuel Rufus Nallaraj (India), Nazril Idrus (Malaysia) dan Celina Le Neindre (Filipina). Andrea pula memilih Ningku Lachungpa (India), Alexis Lothar Bauduin (China) dan Dian Krishna Mukti (Indonesia).

©Eriyza : Berdasarkan persembahan pada episod akhir, Jonathan memang berhak menang.

Via : Rappler



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.