Aug 29, 2013

Polis Trafik Iringi Itik



Kira-kira 50 ekor itik berkeliaran di laluan A3 Milford, Surrey pada pagi 15 Ogos 2013. Kehadiran haiwan-haiwan berkenaan telah menyebabkan lalu lintas menjadi perlahan. Orang ramai yang mahu ke tempat kerja menjadi marah kerana risau lewat sampai ke pejabat.

Justeru, seorang penunggang motosikal telah melaporkan keadaan itu kepada polis. Tidak lama kemudian, seorang anggota polis trafik dihantar ke kawasan itu. Polis trafik itu mengiringi itik-itik yang berbaris panjang dan perjalanan lalulintas menjadi lancar semula tanpa sebarang kecederaan kepada itik mahu pun orang awam.

©Eriyza : Agak-agak polis trafik Malaysia mahu tak iringi lembu kambing yang berkeliaran di jalanan??

Via : Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.