Sep 20, 2013

15 Hari Terperangkap Dalam Perigi


Seorang wanita Cina ditemui masih hidup selepas terperangkap selama 15 hari dalam perigi tinggal sebelum diselamatkan. Su Qixiu, 38, ditemui di bahagian bawah perigi di wilayah Henan, China,

Wanita itu bergantung kepada jagung mentah dan minum air hujan untuk terus hidup. Perigi itu tersembunyi di sebalik rimbunan pohon jagung. Perigi itu berkedalaman 4 meter tetapi dindingnya yang licin menyukarkan mangsa memanjat keluar.

Keluarganya gagal mencari mangsa ekoran dia tidak pulang ke rumah selepas selesai memetik herba. Penduduk kampung akhirnya menemui Su menjerit meminta tolong semasa mereka keluar menuai jagung.

Su hampir tidak boleh bercakap ketika dia diselamatkan tetapi tidak mengalami kecederaan yang serius. Dia berada dalam keadaan stabil selepas dirawat di hospital tempatan.

©Eriyza : Mujurlah perigi itu tiada air.

Via : South China Morning Post



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.