Sep 29, 2013

Bumbung Masjid Kampung Tebauk Runtuh


KUALA TERENGGANU – Kejadian bumbung masjid runtuh sekali lagi berulang di Terengganu melibatkan masjid di Kampung Tebauk, Bukit Tunggal hari ini.


Kejadian itu disedari oleh Bilal masjid, Mat Man, 61 yang datang untuk membuka masjid pada jam 5 pagi tadi dan mendapati siling di ruang legar masjid itu runtuh.

“Saya datang dan buka pintu dan lampu sebagai persediaan untuk solat Subuh. Pada awalnya saya tidak menyedari runtuhan itu.

“Namun bila saya masuk ke ruang legar masjid, saya dapati keadaan bersepah dengan serpihan runtuhan siling,” katanya.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian runtuhan itu.

Kejadian runtuhan itu sama dengan satu di masjid Kampung Binjai Kertas, di mana siling pintu masuk runtuh pada Mei lalu.

©Eriyza : Adakah kontraktor yang sama buat masjid di seluruh Terengganu??

Via : MyNewsHub



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.