Sep 15, 2013

Nota Mohon Maaf Dari Penagih Dadah


Sebuah keluarga yang menjalankan perniagaan runcit di Nashville terkejut apabila menerima sepucuk surat berserta wang tunai daripada seseorang yang mendakwa bahawa dia pernah merompak kedai tersebut sedekad yang lalu.


Somboon Wu, anak pemilik kedai Keosavanh Xayarath, menjelaskan bahawa seorang lelaki tidak dikenali datang ke Pasaraya InterAsian dan Deli pada awal September lalu dan meninggalkan sepucuk surat dengan hanya menulis Owner disampulnya tanpa alamat.


Dalam sampul tersebut, mereka menemui nota mohon maaf yang bertulisan tangan dan wang $ 400 (1316.00 Malaysian Ringgit) secara tunai. Perompak itu yang juga bekas penagih dadah mengakui bahawa dia telah insaf dan berharap rompakan menggunakan pistol yang dilakukannya sekitar tahun 2002 / 2003 dapat dimaafkan oleh mangsa.


Wu memutuskan untuk memuatnaik nota itu di Twitter dan Instagram dengan harapan agar masyarakat di luar sana dapat mengambil pengajaran dari kisah yang berlaku terhadapnya sekeluarga. Mereka tidak kisah sangat dengan wang berkenaan tetapi keberanian perompak itu tampil memohon ampun atas dosanya boleh dijadikan inspirasi kepada insan lain.

©Eriyza : Masih belum terlambat untuk mengubah diri menjadi lebih baik.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.