Sep 22, 2013

Peniaga Makanan Putus Tangan


Kuala Lumpur: Dua penjenayah menceroboh masuk ke sebuah rumah pada jam 3.15 pagi semalam dan terus menetak penghuni rumah itu sehingga putus pergelangan tangan kanannya.

Kejadian berlaku di rumah mangsa di Ampang, dekat sini, ketika mangsa, seorang lelaki berusia 23 tahun bersendirian di dalam bilik tidur utama.

Sumber polis berkata, mujur ketika kejadian isteri serta seorang anak mangsa sedang tidur di dalam bilik berasingan dan mereka terselamat daripada turut diserang.

“Ketika kejadian mangsa yang juga peniaga makanan baru pulang ke rumah selepas habis bekerja kira-kira jam 2.30 pagi dan terus masuk ke dalam bilik tidur utama di rumahnya.

“Kira-kira jam 3.15 pagi isteri mangsa terdengar bunyi orang menjerit kesakitan. Apabila wanita itu bergegas ke bilik suaminya, dia mendapati mangsa dalam keadaan berlumuran darah,” katanya.

©Eriyza : Mengerikan.

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.