Sep 9, 2013

Sungai Diredah Untuk Ke Sekolah


Seorang guru di India sanggup berenang meredah sungai sejauh 12 kilometer (km) setiap hari seawal pukul 9 pagi untuk ke sekolah di perkampungan Malappuram di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.


Abdul Mallik yang telah menjadi guru sejak 20 tahun lalu itu akan meredah air sungai yang mencecah paras leher dengan bantuan sebuah tiub tayar di pinggangnya.

Ketika berenang merentasi sungai, semua kelengkapan seperti pakaian, kasut dan bekalan makanan Mallik akan disimpan di dalam satu beg plastik dan dijulang dengan sebelah tangan hingga dia tiba ke seberang.

Walaupun sukar, ini adalah tanggungjawab yang menjadi rutin harian dan perlu dilakukan guru berusia 40 tahun itu untuk ke sekolah setiap hari.


"Jika saya ke sekolah dengan menaiki bas ia mengambil masa selama tiga jam untuk perjalanan sejauh 12 kilometer.

"Jadi, berenang merentasi sungai adalah lebih mudah, cepat dan saya boleh tiba ke sekolah tepat pada masanya," kata Mallik.

Menurut laporan media tempatan, Mallik akan menukar pakaian basahnya di belukar di tebing sungai dan meneruskan perjalanan menaiki bukit selama 10 minit untuk tiba ke sekolah.

Guru kerajaan seperti Mallik biasanya menerima gaji sebanyak Rs.25,000 (RM1,281).

©Eriyza : Tahniah kepada Cikgu Mallik yang sungguh berdedikasi menjalankan tanggungjawabnya.

Via : Kosmo!



2 Comment

Ahmad Afham Tue Sep 10, 10:27:00 AM

Salam akak nak tnya sikit boleh
Maaf ya bukan pasal tajuk akak ni
Ni luar tajuk
Nak tnya
Maksud nama akak tu apa ek sbb adik saya nama sama cam tu gak tapi smpi skrg saya cari tak dpt2
Boleh tak bagi tahu maksud nama akak

Eriyza Wed Sep 11, 12:04:00 AM

@Ahmad Afham:
Sebenarnya penulis pun tak
tahu maksud sebenar nama ni. :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.