Oct 14, 2013

Batal Majlis Kahwin Melalui Radio Tempatan


Sepasang pengantin mengumumkan bahawa majlis perkahwinan mereka telah dibatalkan melalui stesen radio tempatan selepas perancang perkahwinan mereka gagal menguruskan persiapan untuk majlis mereka.


Pasangan itu, Cik Siti Nurfitri Hanafi, 21, dan suaminya, Encik Alimuddin Jumaat, 24, turut membuat aduan di balai polis dan Mahkamah Rendah pada keesokan harinya.

Mereka mendakwa perancang perkahwinan iaitu Enchanted Wedding tidak memenuhi janji seperti ditawarkan dalam pakej tempahan mereka yang berharga $15,000.

Pasangan itu tidak mempunyai pilihan selain membatalkan majlis berkenaan. Untuk memastikan tetamu mereka tidak datang, mereka meminta stesen radio Warna mengumumkan pada tetamu bahawa majlis itu telah dibatalkan.

Masalah mereka bermula pada petang Sabtu lalu apabila melihat hiasan perkahwinan yang dibuat di sebuah dewan serbaguna di Blok 772 , Woodlands Drive 60 tidak sempurna.

Ibu pengantin lelaki, Puan Noraini Sabtu, 51, memberitahu The New Paper bahawa pelamin kelihatan seperti ia akan runtuh pada bila-bila masa .

Pada pukul 5 petang, apabila kira-kira 150 tetamu telah tiba, 30kg sup tulang kambing yang telah dijanjikan belum lagi siap.

Encik Alimuddin memaklumkan bahawa majlis perkahwinannya tidak sempurna tanpa hidangan makanan untuk tetamu yang telah diundang.

Beliau menambah bahawa mereka telah mendaftar untuk pakej perkahwinan My Fair September lalu dan telah membayar $13,000 daripada jumlah yuran daripada $15,200 .


Pakej ini termasuk kad jemputan, kek perkahwinan, pelamin dan jamuan pada hari Sabtu dan Ahad, tetapi pasangan itu mendakwa bahawa hanya 50 peratus daripada pakej itu dipenuhi.

Cik Siti pula menambah bahawa pemilik Wedding Enchanted , Cik Fiza Azmi, meninggalkan majlis pada pukul 5 petang dan pulang pada pukul 7 malam dengan membawa tujuh bungkus sup tulang kambing, anggaran 10kg yang dibeli dari sebuah gerai di Beach Road.

Pengantin perempuan itu berkata mereka tidak bertekak dengan pemilik yang tidak bertanggungjawab kerana enggan memuat kecoh di majlis tersebut.

Puan Noraini berkata, dia terpaksa memasak beberapa hidangan sendiri di rumah dan membawa ke majlis kerana sup tulang kambing itu tidak cukup untuk diberi makan kepada para tetamu.

Pengantin lelaki terpaksa membersihkan dewan yang berada dalam keadaan kucar-kacir selain terpaksa membelikan tetamu minuman paket kerana air minuman juga tidak disediakan .

©Eriyza : Perancang perkahwinan sebegini perlu diheret ke mahkamah.

Via : Stomp



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.