Oct 5, 2013

Jururawat Lempar Pesakit


Jururawat sebuah pusat perubatan swasta di Singapura dikesan melakukan perbuatan yang cukup kejam apabila melempar seorang pesakit warga emas ke katil sebelum menamparnya.


Perbuatan tersebut ternyata menggemparkan warga republik itu, apatah lagi bila kejadian berkenaan berjaya dirakam oleh salah seorang pesakit yang juga mendapatkan rawatan di hospital yang sama.

Di dalam video tersebut, pesakit berusia 77 tahun itu dibiarkan tidak berbaju di bawah kipas dan kelihatan jururawat tidak mengendahkannya yang menangis kesejukan.

Selepas itu, dua orang jururawat mengangkat dan membalingnya ke atas katil.

Pesakit itu yang menangis kesakitan kemudiannya ditampar pula oleh seorang jururawat.

Hasil siasatan pihak berkuasa Singapura mendapati, perbuatan pusat perubatan berkenaan yang gagal membayar elaun ‘overtime’ para jururawatnya disamping membebankan mereka dengan pelbagai tugasan di luar skop tugasan mungkin antara penyebab mengapa insiden ini boleh terjadi.

©Eriyza : Kalau tidak suka bekerja di hospital, berhenti saja.

Via : MyNewsHub



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.