Oct 2, 2013

Pelajar Dirempuh Dalam Khemah


Kuala Lipis: “Saya lihat kereta itu mengundur dengan laju dan cuba mengelak, namun tidak sempat,” kata Siti Aisyah Mohd Ridzuan, 13, seorang daripada tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Benta, yang parah akibat dilanggar seorang pelajar lain di tapak perkhemahan Kampung Lalang, di sini, kelmarin.

Sebelum kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, seorang guru meminta pelajar berusia 13 tahun terbabit menghidupkan enjin kereta Proton Perdana miliknya untuk memasang penghawa dingin.

Bagaimanapun, pelajar itu secara tidak sengaja memasuki gear undur sebelum melanggar khemah yang diduduki Siti Aisyah bersama Nor Sabina Syakikia Ahmad Nordin, 13, dan Nur Najwa Rahmat, 14,

Akibatnya, Siti Aisyah patah kedua-dua tulang selangka dan pergelangan tangan kanan, Nor Sabina Syakikia patah pinggang serta paha manakala Nur Najwa Rahmat, 14, patah jari kanan.

Difahamkan, Nor Sabina Syakikia masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL manakala Siti Aisyah dan Nur Najwa sudah dipindahkan ke wad biasa semalam.

©Eriyza : Kemalangan yang tidak diduga.

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.