Nov 26, 2013

Ugut Letup Gas Untuk Elak Dicekup Polis


Kuala Terengganu: Sambil berdiri di beranda rumah, seorang lelaki mengancam mahu meletupkan diri bersama ibu bapanya menggunakan tong gas memasak bagi mengelakkan diri daripada dicekup polis yang mengepung rumah keluarganya di Kampung Padang Nenas di sini, kelmarin.


Dalam kejadian jam 6 petang itu, lelaki berusia 33 tahun terbabit mengambil tong gas dan mengancam mahu menyalakan api pada saluran getah selepas membuka penutup dan melepaskan gas.

Bagaimanapun, tindakan berani ibunya yang mengheret tong gas bersama anaknya itu ke dalam rumah, menghalang lelaki terbabit daripada menyalakan pemetik api.

Ibu kepada lapan anak yang ingin dikenali sebagai Cek Ngoh, 61, berkata, dia tidak menduga anak kelimanya itu tergamak bertindak demikian selepas bergaduh dengan adik bongsunya berusia 22 tahun berpunca daripada kerosakan telefon bimbit.

Menurutnya, detik cemas itu bermula selepas anak bongsunya menghantar SMS kepada pihak polis berikutan bimbang dengan ancaman abangnya yang berang kerana telefon bimbit lelaki itu gagal dibaiki.

©Eriyza : Teruknya perangai dia.

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.