Dec 18, 2013

Fenomena Belalai Air Di Johor Bahru


Satu fenomena belalai air telah dikesan berlaku pada pukul 6.30 petang tadi di Selat Tebrau yang turut boleh dilihat dengan jelas dari arah Johor Bahru.



Ada sesetengah orang menganggap ianya puting beliung tetapi sebenarnya ia dipanggil belalai air atau waterspout. Belalai air ialah pusaran angin yang terbentuk di permukaan air dan kerap berlaku di iklim tropika.


Fenomena ini amat biasa berlaku di Malaysia. Ia biasanya berlaku di kawasan perairan disebabkan kumules awan yang besar. Belalai air juga tidak akan sampai ke darat atau mencecah tanah.


Ia memerlukan kelembapan yang tinggi. Oleh sebab itu, ia biasanya akan bermula dan mati di kawasan perairan. Namun, belalai air juga mampu mencederakan orang ramai jika mendekatinya.

©Eriyza : Semoga Allah melindungi semua negeri di Malaysia.

Via : Tengok TV Online



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.