Showing posts with label Blogmania. Show all posts
Showing posts with label Blogmania. Show all posts

Jul 25, 2009

Blog Pilihan : Teratak Muncet



Blog pilihan kedua penulis juga merupakan blog sifoo yang banyak mengajar ilmu blogger. Seperti diketahui umum, Ien atau Muncet banyak menghasilkan template yang menarik untuk pengguna blogspot. Lantaran kepandaiannya itu, paparan blognya sering berubah dan sememangnya blognya yang menarik itu dicemburui ramai.


Sebagai seorang yang berkebolehan, dia langsung tidak lokek ilmu malah kami pernah berkolaborasi membuat kelas tutorial modified blogger. Ien disenangi ramai, maka tidak rugi jika anda berkawan dengannya. Bagi yang belum pernah mengunjungi blog si gadis manis ini, silalah ke Teratak Muncet.



Jun 25, 2009

Blog Pilihan : Dilarang Melarang



Walaupun penulis adalah bloggers tetapi penulis juga suka membaca blog orang lain. Penulis mempunyai terlalu banyak blog kegemaran, ada masanya penulis menghabiskan banyak masa untuk menyelongkar setiap topik yang ditulis oleh pemiliknya. Justeru, jika orang lain memberikan pelbagai anugerah (award) untuk blog yang mereka suka, penulis pula akan membuat ulasan ringkas tentang blog tersebut sebagai tanda penulis menyokong blog tersebut.


Sebagai blog pemecah tanah untuk kategori baru ini, penulis memilih blog Encik Marzuki Jalil yang juga merangkap guru blog penulis. Seperti diketahui umum, blog yang diberi nama Dilarang Melarang ini berkisar tentang tutorial untuk pengguna Blogspot dan Wordpress selain paparan kisah peribadi penulisnya. Dahulunya penulis blog ini popular dengan BlogMenjerit tetapi malangnya blog itu telah tamat tarikh luputnya.

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog, anda digalakkan untuk membaca blog tersebut. Mungkin ada sesuatu yang dapat anda kutip di sana. Untuk blog pilihan penulis pada topik akan datang, mungkin blog anda terpapar di sini. Jadi, rajin²lah berkunjung ke blog ini. Selamat melayari blog DilarangMelarang.