Showing posts with label Games. Show all posts
Showing posts with label Games. Show all posts

Apr 2, 2012

Main Tukar Wajah Di Monoface


Anda bosan?? Penulis pun tengah dilanda kebosanan. Jika kita sudah sama² bosan, apa kata kalau kita bersatu bergabung bermain permainan tukar² muka?? No no no... penulis bukan maksudkan anda dan penulis yang bertukar muka tetapi kita tukar muka orang lain menjadi 'seseorang' yang kita mahu. Belum faham?? Tidak mengapa, penulis terangkan.

Feb 15, 2012

Permainan Online : Questions Words Tahap 1


Buat para pelajar tahap 1 yakni Tahun 1 hingga Tahun 3, jika tiada kerja sekolah untuk disiapkan, eloklah anda bermain permainan Questions Words ini. Selain berfaedah, boleh juga menambah ilmu yang sedia ada.

Nov 28, 2011

Pelukis Google Doodles


Ingat lagi tak dulu penulis pernah menulis tentang koleksi logo Google?? Masa itu penulis tidak tahu logo tersebut digelar Doodle, almaklumlah kurang ilmu. Tahukah anda siapa yang bertanggungjawab melakar doodle² Google yang menarik itu?? Nak berkenalan?? Jom! ♥*~*♥

Nov 17, 2011

Word Search : Time


Agak lama juga penulis tidak berkongsi permainan di blog ini. Justeru, hari ini penulis ingin mengajak anak² sekalian bermain cari perkataan yang tersembunyi.

Feb 4, 2011

Permainan Online : Antonim Tahun Dua


Adakah anak² anda mahir menggunakan perkataan antonim?? Kamus pelajar mendefinisikan antonim sebagai kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain, misalnya kecil lawan besar.

Dec 11, 2010

Word Search Dari Great Day Games


Antara kegemaran masa lapang penulis adalah bermain Word Search. Walaupun ianya kadangkala agak rumit untuk mencari sesuatu perkataan tetapi bagi penulis ia tetap permainan yang menyeronokkan. Lagi pula, ia merangsang mata agar bertindak dengan pantas.

Dec 1, 2010

Permainan Online : Kata Ganti Nama Diri Tahun Tiga


Permainan ini mengandungi 15 soalan di dalam satu set. Setiap soalan mempunyai tempat kosong yang perlu diisi dengan diikuti empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang yang anda rasakan paling tepat. Respon akan diberi dengan pantas sama ada anda berjaya atau gagal.

Nov 25, 2010

Permainan Online : Kata Nama Tahun Satu


Musim cuti sekolah tiba lagi. Anak² tidak seharusnya dibiarkan leka dengan permainan yang tidak mendatangkan faedah. Justeru, ajaklah anak anda yang berusia tujuh tahun untuk bermain permainan yang lebih menjana minda ini.

Nov 9, 2010

Permainan Online : Teka Silangkata Kerayong


Penulis tidak mahu berceloteh panjang. Buat anda yang gemar bermain silangkata bagi mengisi masa lapang, anda bolehlah mencuba teka silangkata ini pula.

Nov 3, 2010

Permainan Online : Singular And Plural Nouns Form Two


Topik khas untuk anak² remaja. Jika ingin memantapkan pengetahuan di dalam topik singular dan plural nouns, anda boleh mencuba permainan ini.

Oct 13, 2010

Permainan Online : Tongue Twister Tahun Tiga


Atas permintaan, penulis kembali dengan laman berkenaan permainan yang bersifat pendidikan. Permainan ini berkaitan Tongue Twister dan dikhususkan untuk pelajar tahun tiga.

Apr 18, 2010

Permainan Online : Peribahasa Tingkatan Dua


Anda mendakwa diri anda sebagai seorang yang pandai meneka peribahasa?? Apa kata anda mencuba permainan suai dan padan untuk Tingkatan 2. Anda pasti akan menepuk dahi kerana ada di antara pilihan jawapan peribahasa ini tidak pernah anda dengar.

Mar 26, 2010

Permainan Online : Occupations Tahun Enam


Sebelum ini apabila penulis memberikan permainan online berbentuk ilmu, ada juga mak abah budak yang bermain. Tak sangka pula orang dewasa pun berminat juga walhal penulis khususkan untuk kanak² tapi tidak mengapa, asalkan bermanfaat, boleh saja dipraktikkan bersama anak².

Mar 19, 2010

Permainan Online : Penjodoh Bilangan Tahun Dua


Uji kepandaian anda di dalam menentukan kumpulan penjodoh bilangan bagi sesuatu. Ada lebih kurang 16 penjodoh bilangan telah diberi dan anda perlu memadankannya dengan jawapan yang betul melalui kaedah drop down menu.

Mar 10, 2010

Permainan Online : Tatabahasa Tingkatan Satu


Adik² sekalian, dari kamu bermain permainan yang tidak mendatangkan manfaat, baik kamu bermain dengan latihan tatabahasa. Sekurang²nya minda kamu akan terbuka dan ilmu kamu pula akan semakin banyak. Mak abah pun tak marah kalau kamu bermain permainan seumpama ini.

Feb 14, 2010

Permainan Online : Teka Silangkata Aimanku


Siapa handal bermain teka silangkata?? Jikalau anda memang biasa bermain teka silangkata, tentu ia menjadi satu hobi yang amat menyeronokkan selain menambahkan ilmu. Maklumlah, menyelesaikan setiap kotak silangkata bukan perkara enteng walaupun telah diberi klu. Mari kita bermain teka silangkata yang mencabar minda.

Feb 8, 2010

Permainan Online : Leap Froggies



Lompat si kata lompat. Lompatlah tingi-tinggi. Apa cik adik dapat? Untuk hadiah hari jadi? Masih ingat dialog tersohor tersebut? Ya, sudah pasti ianya dari filem blockbuster Ali Setan. Baik, kembali ke topik asal, bukan cerita itu yang ingin penulis nukilkan tetapi tentang permainan lompat katak. Ada dua kumpulan katak ingin menyeberangi sungai dan mereka perlu melompat di atas satu sama lain untuk sampai ke destinasi.

Feb 4, 2010

Permainan Online : Word Search



Sehari dua ini penulis tiada mood hendak menulis blog, apatah lagi untuk mencari bahan yang berinformasi. Untuk itu, penulis bermain Words Search bagi membuang masa yang begitu berharga. Permainan ini sesuai untuk kanak² kerana ianya sekadar mencari perkataan yang tersembunyi.

Jan 8, 2010

Memasang Permainan Reflext Tester


Tahun lepas penulis ditanya tentang permainan menguji respon terhadap warna yang diletakkan di blog ini. Permainan ini agak menarik kerana mata dan jari perlu bekerjasama untuk memberi respon terhadap warna. Antara lain ia memerlukan anda bertindak pantas apabila melihat kotak yang kosong bertukar warna. Jika lambat, anda akan mendapat mesej yang boleh menyakitkan hati.

Dec 23, 2009

Bermain Sambil Belajar Sifir


Anda selalu melayan anak anda bermain?? Apa kata anda mengajak anak anda bermain sambil belajar?? Hanya dengan menggunakan jari, anda boleh mengajar anak anda cara mudah menghafal sifir 9. Selain mengeratkan hubungan antara abah ummi dengan anak, anda juga menjadi guru secara tidak langsung.