Jun 10, 2006

Aku Yang Kau Panggil Sayang

Artis : Khairool Idlan
Lagu : Aku Yang Kau Panggil Sayang

Aku Yang Kau Panggil Sayang
Ingin Menghampiri Masa-Masa Silam
Engkau Yang Ku Panggil Sayang
Pernah Meneroka Hati Ini
Detik Kemanisan Pun Berlalu
Kemanakah Janjimu Yang Suci

Aku Yang Kau Panggil Sayang
Inginku Mengutip Sisa-Sisa Cinta
Engkau Yang Ku Panggil Sayang
Menapak Kehala Persimpangan
Tanpa Meninggalkan Kata-Kata
Bila Kaukan Kembali Lagi

Korus:
Seraut Wajah Sering Ku Usap
Dalam Mimpi Kita Pun Bersenda
Siangku Menyebutmu Dimalam Sunyi
Ku Digoda Rindu...Oh...

Aku Yang Kau Panggil Sayang
Dalam Kegelapan Ku Mencari Kasih
Engkau Yang Ku Panggil Sayang
Mungkin Kali Ini Kehilangan
Berikan Daku Saat Terakhir
Mengusap Muka Mu Oh Sayang

-Solo-Ulang Korus & Rangkap 3

Aku teruja dengan lagu ini. Melodinya yang agak mendayu membuatkan aku dengan mudah menerima lagu ini. Liriknya menyentuh hati, mungkin terasa sedikit sebu di hati. Itulah realiti hidup, tidak semua yang kita impikan akan berakhir dengan sempurna. Andai hal itu terjadi, pasrah dan hadapilah masa depan dengan semangat proton waja. Hehe!

:: Aku Yang Kau Panggil Sayang - Download ::

May 27, 2006

Bosan wal Boring

Bosan? Boring? Jemu? Sepi? Sunyi? Pernahkah anda merasai perasaan sebegini? Tentu skali anda pernah mengalami perasaan begini. Sekiranya anda tidak pernah mengalami perasaan begini, tentu skali ade sesuatu yg tidak kena dengan anda. Hehe!

Persoalannya disini, aperkah yg akan anda lakukan sekiranya anda didalam situasi tersebut?
Lazimnya aku akan menyibukkan diri untuk menghindari rasa tersebut. Mujurlah aku mempunyai kelas hampir setiap malam. Jadi, masa tuk berjiwang sengsorang tuh terhad. Aku menghabiskan waktu malam dengan anak-anak didikku. Melayani karenah mereka membuatkan hatiku terhibur. Walaupun kadangkala kenakalan mereka membuatkan aku sedikit geram, tetapi kenakalan itu jugalah yg sering mencuit hati.

Tidak aku nafikan, bila bersendirian, terasa juga sedikit bosan. Aku memikirkan tentang kehidupan org lain yang punya keluarga bahagia. Aku juga bahagia sebenarnya tetapi lam situasi yg berbeza. Aku bahagia lam lingkungan keluarga yg terdiri daripada ibu, bapa dan adik-adik. Manakala kawan-kawanku bahagia lam situasi mereka sebagai ibu atau bapa dan zuriat mereka sendiri. Berbeza bukan? Namun, kebahagiaan itu tetap ada.

So, jgnlah asek berasa bosan ajer, jum ler kita heppikan diri seniri ngan ektibiti yg berfaedah lagik munasabah. Heppi sokmo!!!

May 9, 2006

Telatah Pelajarku

Hye semua! Aku kembali berbicara lagi di blog ini. Kali nih ingin aku paparkan gelagat salah sorang pelajarku di dalam kelas. Foto² ini diambil sewaktu kelas Bahasa Inggeris. Pelajarku ini sedang sibuk berfikir dan cuba menyelesaikan permasalahan yang aku berikan. Sepanjang ektibiti foto ini disnap, pelajar ini langsung tidak menyedarinya. Hahaha! Candid picture laa kekirernya nih. Ahaks! Korang tau tak apa soklan yang aku beri? Aku suh bebudak kelas aku mengalihbahasa perbualan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Sebab tuh laa pelajar nih blur jerk mukanya. Kamus tuh pun dah renyuk dibeleknya. Susahnya nak jadik penterjemah yerk. Jum kiter tengok wajah²nya dalam pelbagai reaksi. heHeh!