Mar 8, 2007

Jom Cuti


Yahooooooooooooooo! Sebaik saja loceng akhir berbunyi, terdengar ler teriakan bebudak dari tingkat dua dan tiga bangunan Sekolah Kebangsaan Ibok. Para pelajar kami sudah teruja benar mahu bercuti setelah habis ujian OTI 1 yang diakhiri dengan English Paper 2. Pelajar tahap satu dapat bercuti sepenuhnya, cuma pelajar tahap dua dan guru² tahap dua saja yang perlu menghadiri kelas tambahan semasa cuti. Kesian mereka. Kami para guru berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum.

Dalam kepala memasing, sudah tersedia pelbagai program yang diatur tuk mengisi masa lapang sepanjang percutian kali ini. Bagi guru² yang terlibat dengan kelas tambahan sepanjang masa cuti, melopong aja laa melihat kami yang tidak dibebani ngan tugas sepanjang cuti merancang pelbagai agenda menarik. Sepengetahuan penulis, ada yang ingin balik kampung, ada yang ingin ke tempat peranginan, tak kurang pula yang ingin berkonvoi bersama keluarga memasing jejalan carik makan.

Bagi diri penulis pula, tiada satu pun aktiviti menarik yang penulis rancang setakat ini. Walaupun semua kelas tuisyen penulis direhatkan masa cuti, namun penulis tidak punya perancangan tuk ke mana-mana. Cuma, Isnin ini penulis harus ke Kuala Terengganu tuk taklimat mengenai Suruhanjaya Pilihanraya. Selain itu, agenda percutian penulis kali ini cuma memenuhi jemputan kenduri kawen aje agaknya. Bonda sudah menyusun kad jemputan yang perlu kami hadiri mengikut tarikhnya. Awal² lagi bonda sudah mengingatkan penulis tuk menghantarnya dan ayahanda ke semua lokasi walimah.

Bayangkan lam satu hari, sampai ade 5 undangan yang perlu kami penuhi, jaraknya bukan dekat plak tuh. Nampak gayanya penulis terpaksa laa mengatur perjalanan ngan baik supaya tak belaku pembaziran masa. Herm, penulis asyik hadiri pernikahan orang lain jerk, diri seniri ntah bila laa nak melalui hal yang sama.

Mar 7, 2007

Alahai Strimix

Sejak semalam sampai laa ke ari nih line stimix kat umah penulis cukup payah nak connect. Asek kuar error 676 iaitu "The phone line is busy". Pastuh penulis pun pi laa merajinkan jari jemari penulis yg gebu nih tuk mendail 1 300 88 9515. Setelah tekan pelbagai nombo seblum dpt bedialog ngan petugas TM, penulis pun citer laa apa yg dah tejadik.

Petugas tuh pun wat laa report tuk penulis. Katanya lam tempoh dua hari, kerosakan akan dibaiki. Arinih penulis pun tepon lagik laa TM tuh sal line maseh xleh connect, rupa²nya 3 negeri di pantai timur mengalami gangguan line. Bila sembang ngan petugas TM, dia bitau penulis berlaku kecurian kabel di kawasan kami. Hampeh tul laa pencuri nih, suka suki jerk gi curi kabel sampai org nak guna internet pun x leh. Huh! Heharap ler poblem nih leh setel cepat. Kalo idok, windu ler penulis nak begebang ngan teman² di layar maya nih. Maklum laa, pc nih dah jadik teman tapi mesra penulis.

Mar 4, 2007

Sapa Nak Jadi Jutawang



Sesambil penulis merayau kat layar maya nih, tetiba penulis tejumpa orang kaya baru nih. Penulis tidak pasti bila mamat nih jadik millionnaire tapi kecerdikannya cukup membuatkan penulis teruja. Dah nak menang besar pun, masih ada talian hayat lagi.


Bestnya, si John nih tepon abah dia tuk bitau yg dia bakal menang, bukannya nak minta tolong jawabkan soalan. Sungguh suspens. Bila laa penulis nak jadik millionnaire erkkk?? Dapat berangan pun cukup ler. Hehe.