Aug 3, 2007

Lyrics Plugin


Ada sesetengah orang suka menyanyi lagu kegemaran mereka sewaktu mendengar mp3. Tetapi, anda perlu mencarinya terlebih dahulu liriknya di enjin pencarian seperti Google atau Yahoo sebelum dapat menyanyi bersama. Kini, satu software kecil diperkenalkan untuk memudahkan anda menyanyi sambil membaca liriknya pada Winamp atau Windows Media Player anda. menari

Anda cuma perlu menginstall software dari Lyrics Plugin. Setelah siap diinstall, apabila anda klik lagu pada Winamp atau Windows Media Player, liriknya akan keluar secara automatik. Tetapi, lirik lagu melayu / cina / korea mungkin tidak sebanyak lirik lagu inggeris yang dapat dicari oleh plugin ini. Almaklum laa lagu inggeris lebih popular. Hehehe!!! sengihnampakgigi

Aug 2, 2007

Bayi Lelaki


Hari ini pakcik dan makcik penulis menerima kehadiran ahli keluarga baru. Makcik penulis yang penulis panggil sebagai Cik Ngah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 2 pagi. Walaupun Cik Ngah melahirkan anak keempatnya melalui pembedahan, namun dia tetap kelihatan bersemangat, terpancar senyuman pada wajahnya. Kami bersyukur kerana semuanya telah selamat. Pakcik penulis setia disisi isterinya sepanjang masa. Bertuahnya kalau dapat suami sepertinya. doa

Penulis turut bergembira di atas kehadiran sepupu baru penulis. Usia yang jauh berbeza antara kami tidak akan menjadi penghalang untuk kami menjalinkan hubungan baik. Doa dan harapan penulis agar si cilik ini akan membesar dengan sempurna dan seterusnya menjadi anak yang soleh. InsyaAllah.

Entah bila pula giliran penulis untuk melahirkan zuriat sendiri? Sama seperti manusia normal yang lain, penulis mengimpikan sebuah keluarga Islam yang bahagia. Mudah²an Allah Taala mengurniakan kepada penulis seorang suami yang beriman dan anak² yang soleh serta solehah. Amin. malu

Aug 1, 2007

Enjin Pencarian Untuk Mp3


Penulis menggunakan website SkreemR untuk mencari lagu mp3 kegemaran penulis. SkreemR menawarkan khidmat mendengar dahulu sebelum anda memuatturun lagu tersebut. Menariknya, anda juga boleh mencari apa saja berkaitan lagu tersebut termasuk lirik dan info penyanyi tersebut. ihikhik

Mulakan pencarian mp3 kegemaran anda sekarang. Tunggu apa lagi?? Lawatilah website SkreemR untuk keterangan lanjut. Anda tidak perlukan sebarang software untuk menggunakan SkreemR.

Selamat memuatturun mp3. senyumkenyit