Mar 12, 2008

Menambah Emotikon Di Shoutmix


Kotak jeritan (shoutbox) jenis apakah yang anda gunakan di blog / laman web anda?? Antara fungsi kotak jeritan ialah untuk membenarkan tetamu meninggalkan coretan buat anda. Andaikata anda menggunakan kotak jerit Shoutmix seperti penulis, anda boleh menambah beberapa emotikon di dalamnya. Mahu tahu caranya?? Jom penulis ajarkan. marisini


Anda perlu mengikuti langkah² di bawah untuk menambah emotikon tersebut.
  • Login ke Shoutmix.
  • Klik Settings.
  • Pada bahagian Display, pilih Smileys.
  • Pilih Customs smileys, masukkan emotikon baru.
  • Anda boleh menggunakan emotikon Yahoo Messenger.
  • Setelah anda masukkan semua emotikon, tekan Save settings.
Siap. Sekarang emotikon baru telah ditambah di dalam senarai yang sedia ada. Anda boleh terus menggunakannya. Emotikon yang dihadkan hanya 10 bagi pengguna percuma, jika anda pengguna berbayar, anda boleh menambah sehingga 500 emotikon. Selamat menambah emotikon baru pada kotak jerit anda. tepuktangan

Mar 11, 2008

Jam Analog Dan Animasi

Zawa-FreeClocks

Baru beberapa hari bikin blog?? Anda sedang mencari aksesori untuk blog anda?? Jika anda bercadang hendak meletakkan jam di blog anda, penulis berpendapat beberapa jenis jam di atas bersesuaian dengan anda. Anda cuma perlu salin dan tampal kodnya di tempat yang sepatutnya. ihikhik


Ini ialah contoh kod jam berbentuk analog.


<embed src="http://www.freewebtown.com/zawa/aksesorisblog/zawablogpic_12.swf" width="120" height="120" menu="false" quality="high" wmode="transparent" type="application/x-shockwave-flash" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer/"></embed>

Ini pula contoh kod jam berbentuk animasi.

<embed src="http://www.freewebtown.com/zawa/aksesorisblog/zawabloganimasi_1.swf?ygpunya=Eriyza's+Blog" menu="false" quality="high" wmode="transparent" type="application/x-shockwave-flash" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer/"></embed>

Anda boleh memilih jam berbentuk Analog atau Animasi di laman web Zawa. Masa itu emas, oleh itu hargailah masa yang anda ada. kenyit

Mar 10, 2008

Ikon Windows Live


Adakah anda sedang mencari ikon untuk ditukar pada ikon yang sedia ada?? Penulis suka untuk memberikan anda maklumat tentang set ikon Windows Live Stuff yang beresolusi tinggi. Ia boleh digunakan di dalam pembikinan penghias skrin (wallpapers) atau kerja seni (artwork). peace


Satu lagi set ini didatangkan di dalam 14 ikon. Ianya sangat sesuai untuk sistem Windows XP, Vista dan juga Mac. Jika anda berminat, bolehlah mendapatkan ikon menarik ini di Windows Live Icon Set. encem