Showing posts with label Icons. Show all posts
Showing posts with label Icons. Show all posts

Nov 8, 2011

Koleksi Lencana Negeri Percuma Untuk Blogger


Anda bloggers dari negeri mana?? Adakah anda gemar mengumpul lencana (badge)?? Apa kata anda beritahu pembaca blog anda tentang negeri kelahiran anda melalui lencana khusus untuk blogger?? Tentu menarik jika lencana tersebut diletakkan di sidebar blog anda.

Nov 21, 2010

Avatar Awek Bertudung Dari Nyetok


Seorang blogger yang dikenali sebagai Nyetok telah menghasilkan avatar awek bertudung khas untuk blogger pondan perempuan. Ada 23 jenis mimik muka dipadankan dengan tudung biru. Pasti ada avatar yang sesuai untuk anda.

Nov 15, 2010

Set Ikon Berbentuk Tabbed


Sebelum ini penulis asyik mengepos ikon sosial yang berbentuk bulat atau segiempat. Kali ini penulis ingin memberikan ikon sosial berbentuk segiempat tepat. Penulis kira ikon sosial ini agak menarik dan kemas.

May 14, 2010

Set Ikon Percuma Origami


Ikon yang penulis kongsi hari ini dinamakan Origami. Kesemua 15 ikon ini diberi kebenaran digunakan untuk tujuan peribadi atau komersil. Ianya tersedia di dalam 5 saiz berbeza iaitu 16px, 32px, 48px, 128px, dan 256px.

Apr 27, 2010

Cari Ikon Dengan FindIcons


Anda mahu mencari ikon?? Anda boleh mencarinya di web FindIcons. Ada banyak pilihan ikon yang disediakan di bahagian Browse. Jika anda mahukan ikon tertentu, taip sahaja di kotak carian dan mulakan pencarian anda. Selain itu, anda juga boleh menekan butang Excite Me untuk melihat ikon yang dipaparkan secara rawak.

Mar 24, 2010

Set Ikon Percuma Aplikasi Web


Ikon aplikasi web percuma untuk anda dengan efek 3D berstail glossy. Kesemua ikon ini tersedia di dalam format png dengan latarbelakang transparent. Anda boleh menggunakan untuk tujuan peribadi atau komersial.

Feb 13, 2010

Set Ikon Percuma Coquette


Set ikon Coquette didatangkan di dalam 50 jenis ikon. Ia memaparkan pelbagai jenis ikon yang menarik, sesuai untuk digunapakai oleh para bloggers. Antara ikon² yang penulis suka ialah payung, kalendar, carta, dan bintang. Ada lima saiz ikon ditawarkan iaitu 16x16px, 32x32px, 48x48px, 64x64px dan 128x128px.

Feb 5, 2010

Set Ikon Percuma Dari BlogPerfume


Di dalam pembinaan blog, gambar memainkan peranan penting sebagai dekorasi kepada blog tersebut. Justeru, kali ini penulis ingin berkongsi set ikon blogging yang menarik. Ianya didatangkan di dalam 12 jenis ikon dengan 3 saiz yang berbeza dan semestinya berformat .png.

Dec 15, 2009

Memasang Back To Top


Ada sesetengah blog yang memaparkan terlalu banyak topik dalam satu masa. Ia membuatkan blog itu menjadi terlalu panjang untuk diskrol dari atas ke bawah dan sebaliknya. Keadaan akan menjadi lebih buruk jika setiap topik juga melebihi 300 patah perkataan tanpa penggunaan baca selanjutnya. Justeru, penggunaan back to top atau lebih dikenali sebagai kembali ke atas akan memudahkan pelawat melihat semula bahagian atas blog anda.

Dec 6, 2009

Sosial Ikon Berbentuk Hati


Ramai bloggers mempunyai akaun di pelbagai laman sosial. Jadi, anda sangat digalakkan untuk meletakkan butang sosial ikon di blog masing² bagi memudahkan anda menjalinkan hubungan sosial dengan pembaca anda yang lain. Set ikon yang ingin penulis kongsikan ini dihadirkan di dalam bentuk hati yang comel.


Set ikon hati ini didatangkan di dalam 22 jenis beresolusikan saiz 16×16, 32×32, 64×64. Semestinya ia berformat .png. Anda bolehlah memuatturun kesemua sosial ikon hati ini di The Design SuperHero.


Nov 9, 2009

Twitter Bertema Pantai


Comelnya! Itu perkataan pertama yang terbit dari bibir mungil penulis apabila melihat koleksi ikon² Twitter ini. Justeru, anda sangat digalakkan untuk menggunakan ikon² Twitter bertemakan pantai ini di blog masing².


Ikon² ini mempunyai dua set Vektor berformat .png dan .eps. Jadi, anda boleh memilih sama ada mahu memilih set pertama atau kedua. Terserah kepada anda. Untuk memuatturunnya, sila ke Elmastudio.

Feb 25, 2009

Cara Buat Favicon


Ada sesetengah bloggers baru seperti Adanzz dan mungkin juga lama masih belum dapat membuat favicon pada blog mereka. Penulis suka untuk berkongsi dengan cara yang paling mudah untuk membuatnya berbanding cara yang pernah penulis tulis dulu. Tujuannya agar anda lebih senang faham.


Mula² anda perlu mencari ikon yang sesuai untuk dijadikan favicon. Saiz yang disarankan ialah 16x16. Penulis menggunakan ikon dari Iconlook untuk tutorial kali ini. Jom, belajar cara untuk membuatnya.


1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML.

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari </head> dan letakkan kod ini di bawahnya.

<link href='http://www.icon.com/myicon.png' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>
Jika anda menggunakan favicon sendiri, gantikan saja http://www.icon.com/myicon.png di atas dengan ikon anda sendiri. Penulis menyediakan lima favicon untuk anda pilih. Gantikan sahaja kod yang penulis jadikan contoh di atas dengan salah satu kod² ini.


<link href='http://www.iconlook.com/icondb/CrystalClear/32x32/apps/access.png' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>


<link href='http://www.iconlook.com/icondb/CrystalClear/32x32/actions/lock.png' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>


<link href='http://www.iconlook.com/icondb/CrystalClear/32x32/actions/agt_home.png' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>


<link href='http://www.iconlook.com/icondb/CrystalClear/32x32/apps/important.png' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>


<link href='http://www.iconlook.com/icondb/CrystalClear/32x32/actions/cnr-pending.png' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>
5. Preview.

6. Save template jika berpuashati dengan favicon tersebut.

Selamat mencuba. Tinggalkan komen kalau berjaya buat. 

Feb 19, 2009

Cari Ikon Dengan Iconlook


Ikon² yang menarik kadangkala membantu mencantikkan lagi penampilan sesebuah blog. Justeru, jika anda sedang mencari ikon² pelbagai saiz, maka anda patut menghabiskan bacaan pada topik ini.


Ikon² yang terdapat di dalam laman web ini ditawarkan di dalam tujuh saiz. Dari saiz sekecil 12x12 sehinggalah 128x128. Jadi, anda boleh memilih saiz yang sesuai untuk digunakan di dalam blog anda. Layari Iconlook untuk mendapatkan ikon² yang cantik.

Mar 12, 2008

Menambah Emotikon Di Shoutmix


Kotak jeritan (shoutbox) jenis apakah yang anda gunakan di blog / laman web anda?? Antara fungsi kotak jeritan ialah untuk membenarkan tetamu meninggalkan coretan buat anda. Andaikata anda menggunakan kotak jerit Shoutmix seperti penulis, anda boleh menambah beberapa emotikon di dalamnya. Mahu tahu caranya?? Jom penulis ajarkan. marisini


Anda perlu mengikuti langkah² di bawah untuk menambah emotikon tersebut.
  • Login ke Shoutmix.
  • Klik Settings.
  • Pada bahagian Display, pilih Smileys.
  • Pilih Customs smileys, masukkan emotikon baru.
  • Anda boleh menggunakan emotikon Yahoo Messenger.
  • Setelah anda masukkan semua emotikon, tekan Save settings.
Siap. Sekarang emotikon baru telah ditambah di dalam senarai yang sedia ada. Anda boleh terus menggunakannya. Emotikon yang dihadkan hanya 10 bagi pengguna percuma, jika anda pengguna berbayar, anda boleh menambah sehingga 500 emotikon. Selamat menambah emotikon baru pada kotak jerit anda. tepuktangan

Mar 10, 2008

Ikon Windows Live


Adakah anda sedang mencari ikon untuk ditukar pada ikon yang sedia ada?? Penulis suka untuk memberikan anda maklumat tentang set ikon Windows Live Stuff yang beresolusi tinggi. Ia boleh digunakan di dalam pembikinan penghias skrin (wallpapers) atau kerja seni (artwork). peace


Satu lagi set ini didatangkan di dalam 14 ikon. Ianya sangat sesuai untuk sistem Windows XP, Vista dan juga Mac. Jika anda berminat, bolehlah mendapatkan ikon menarik ini di Windows Live Icon Set. encem