May 6, 2008

Jadikan Gambar Berwarna Kepada Hitam Putih


Ibu bapa kita dahulu tentu sempat bergambar dengan latar belakang gambar tersebut hitam dan putih. Zaman dahulu walaupun persekitaran gambar yang diambil itu berwarna-warni tetapi apabila dicuci dari segulung filem, ia tetap hitam putih. Justeru, penulis ingin mengembalikan nostalgia indah ibu bapa kita itu dengan memperkenalkan laman web yang boleh mengubah gambar berwarna anda kepada hitam putih. ihikhik


Laman web ini berbahasa Jepun tetapi ada pilihan bahasa Inggeris disediakan. Anda cuma perlu muatnaik gambar anda dan tekan butang Convert. Secepat kilat, gambar moden tersebut akan bertukar menjadi gambar lama, seolah² anda lahir pada seratus tahun dahulu. Anda boleh mencubanya di laman Bakumatsu Koshashin Generator. nerd

Sumber : Akusape

May 5, 2008

Himpunkan Semua Pautan Menjadi Satu


Selamat bersua kembali kepada semua pembaca blog ini. Penulis sudah kembali untuk menulis blog picisan ini seperti biasa. Hari ini penulis suka untuk memperkenalkan kepada anda satu laman web yang boleh menghimpunkan beberapa pautan sekaligus. Anda cuma perlu menulis semua pautan² tersebut di dalam kotak yang telah disediakan. ihikhik


Kemudian, anda tekan pula butang Bunch dan kesemua pautan tadi akan dihimpunkan di dalam satu pautan sahaja. Anda cuma perlu menggunakan pautan yang telah diberikan untuk membuka kesemua laman web tersebut. Ini akan memudahkan anda berkongsi pautan dengan rakan² yang lain meskipun melalui sms. Anda boleh berbuat demikian di LinkBunch. tanduk

May 1, 2008

Out Of Services


Perhatian! Ini ada satu pengumuman penting dari cik punya blog. Bahawasanya penulis mengisytiharkan blog ini ditutup dengan rasminya. Sebarang urusan rasmi dengan penulis terpaksa dihentikan serta-merta. Penutupan blog ini berkuatkuasa mulai tarikh ianya dipaparkan kepada umum. Semoga ianya berada di dalam makluman semua pembaca blog ini sama ada anda pembaca senyap atau pembaca bising. ihikhik


Penulis perlu berada di luar kawasan untuk seketika. Akses internet tidak dapat dilayari di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, blog ini hanya akan ditutup selama tiga hari sahaja, penulis akan kembali menulis dengan topik² yang lebih menarik selepas ini. Harap maklum. Sekian. babai


Yang berhormat,
Cik Eriyza
http://eriyzaqistina.blogspot.com