Showing posts with label Photo Editing. Show all posts
Showing posts with label Photo Editing. Show all posts

Nov 29, 2011

Kurangkan Saiz Gambar Dengan JPEGmini


Kadangkala gambar yang anda ingin paparkan di blog anda terlalu besar saiz resolusinya dan ia adalah amat membazir bagi pemilik blog berbayar di mana bandwith adalah penting bagi mereka. Justeru, ada baiknya anda kecilkan dulu saiznya sebelum dikongsi di laman blog.

May 20, 2011

Lindungi Gambar Dengan Watermark


Anda mencari laman web online untuk membuat watermark?? Aha, anda berada di laluan topik yang betul. Kali ini penulis suka untuk berkongsi satu lagi laman web yang menarik.

Jan 8, 2011

Edit Gambar Dengan Pixer


Anda mahu mengedit gambar dengan cepat?? Sekiranya anda cuma memerlukan peralatan yang ringkas seperti Resize, Crop, Rotate dan Flip, maka web ini sesuai untuk anda. Anda cuma perlu upload gambar dari komputer dan mulakan proses mengedit.

Jan 4, 2011

Buat Poster Motivasi


Anda mahu buat poster motivasi?? Inilah masanya untuk anda mencuba perkhidmatan ini. Anda boleh memuatnaik gambar dari komputer atau web, seterusnya tuliskan kata-kata motivasi yang anda kehendaki di bawahnya.

Dec 16, 2010

Kecilkan Gambar Dengan Resize Your Image


Penuli sedikit pelik kenapa laman sesawang ini dinamakan resize image kerana fungsinya lebih kepada crop image. Apatah lagi setiap gambar yang dimuatnaik sudah tersedia peralatan untuk membuang bahagian yang kita tidak suka.

Nov 11, 2010

Bingkaikan Gambar Dengan Framer


Anda sedang mencari peralatan untuk membingkaikan gambar² anda?? Anda boleh berbuat demikian dengan mudah hanya dengan beberapa langkah. Sebentar sahaja bingkai gambar anda akan siap diproses.

Nov 10, 2010

Lihat Wajah Anda Bila Tua


Pernah tak anda terfikir bagaimana agaknya rupa anda atau rakan² anda 20 tahun akan datang?? Senang cakap, rupa anda semasa tua. Gerun untuk membayangkannya?? Usah begitu kerana semua orang pasti menghadapi masa tuanya.

Nov 4, 2010

Tukarkan Gambar Kepada Teks Dengan Photo2Text


Mahu membuat gambar seperti di atas?? Seperti yang anda lihat, gambar tersebut telah ditukar kepada bentuk teks. Ianya sangat sesuai untuk digunakan jika anda tidak mahu mendedahkan wajah kacak dan cantik anda yang sebenar.

Jan 3, 2010

Kuruskan Gambar Dengan Weight Mirror


Anda berbadan besar?? Anda ingin kelihatan kurus di dalam gambar?? Anda tidak perlu sebarang penggunaan Adobe Photoshop atau perisian yang seumpamanya untuk menampakkan anda kurus di dalam gambar. Hendak tahu cara²nya?? Teruskan membaca topik ini sehingga habis.

Dec 26, 2009

Buat Gambar Animasi Dengan Picasion

upload pictures

Anda mahu membuat gambar animasi seperti di atas?? Himpunkan beberapa keping gambar dan jadikannya satu animasi yang menarik malah ia juga menjimatkan ruang di blog anda terutamanya di bahagian sidebar kerana tidak perlu memuatnaik banyak gambar. Cara ini juga berbaloi untuk menghalang gambar² kesayangan anda daripada dicuri satu persatu.

Dec 25, 2009

Teknik Gambar Vektor Dengan Vector Magic


Anda ingin memaparkan gambar peribadi anda di blog tetapi tidak mahu gambar itu berbentuk asal?? Apa kata anda cuba transformasikan gambar anda kepada bentuk vektor?? Sudah pasti pengunjung blog anda akan teruja untuk melihat wajah pemilik blog di dalam bentuk vektor kerana ia bukan sahaja unik malah menarik.

Nov 23, 2009

Teknik Gambar Kolaj Dengan Shape Collage


Anda pernah membuat bentuk kolaj untuk gambar² anda?? Jika belum pernah, anda boleh mencuba teknik kolaj ini. Suka penulis ingatkan teknik kolaj amat sesuai untuk diaplikasikan pada sejumlah gambar yang banyak. Lagi banyak gambar yang anda masukkan, lagi menarik gambar kolaj anda.


Teknik kolaj yang ingin penulis perkenalkan ini mempunyai dua versi iaitu di dalam talian dan juga dimuatturun ke komputer. Untuk membuat kolaj di dalam talian, anda cuma perlu membuka laman sesawang Shape Collage dan letakkan alamat pautan laman sesawang yang mempunyai gambar di Step 1. Anda boleh memasukkan beberapa pautan sekaligus dengan hanya meletakkannya satu persatu. Seterusnya, pilih bentuk kolaj yang anda mahu di Step 2. Akhir sekali, klik Create di Step 3.

Bagi mendapatkan teknik kolaj yang lebih banyak, penulis menggalakkan anda memuatturun Shape Collage ke dalam komputer anda. Anda boleh merujuk video di bawah untuk gambaran jelas cara menggunakannya.



Selamat mencuba. Anda pasti seronok mengolah gambar dengan kolaj. Perisian ini percuma, anda boleh menggunakannya dengan senang hati.

Nov 17, 2009

Kecilkan Gambar Dengan ResizePic


Kalau anda ingin mengecilkan gambar² yang ada di dalam komputer, anda boleh menggunakan laman sesawang dalam talian. Walau sebesar mana pun saiz gambar tersebut, anda boleh mengecilkannya dengan mudah tanpa merosakkan kualiti sebenar gambar tersebut.


Anda cuma perlu memuatnaik gambar yang ingin dikecilkan. Kemudian masukkan saiz untuk width (lebar) dan height (tinggi). Seterusnya klik butang resize image. Selamat mengecilkan gambar di Resize Pic.

Nov 6, 2009

Lindungi Gambar Dengan Watermarktool


Anda mahu meletakkan watermark pada setiap gambar anda?? Ianya antara lain adalah untuk melindungi gambar² anda daripada diplagiat secara tidak bermoral oleh orang lain.


Anda cuma perlu memuatnaik gambar anda ke Watermarktool, sepuluh gambar bersaiz tidak melebihi 200kb dibenarkan dimuatnaik di dalam satu masa. Selepas itu, isikan maklumat yang berkaitan di bahagian Personalise. Jika anda mahu watermark itu memenuhi segenap ruang gambar, tandakan pada kotak Text Repeat. Kemudian klik sahaja butang Generate. Akhir sekali, klik kanan pada gambar yang telah siap diedit dan simpan ke dalam komputer anda. Siap.

Oct 4, 2009

Lindungi Gambar Dengan Roflbot


Satu lagi laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan watermark pada gambar. Sebelum ini penulis pernah menulis tentang topik lindungi gambar dengan watermark yang mempunyai fungsi lebih kurang sama. Setakat ini ada sepuluh jenis tulisan boleh dipilih berserta lima saiz.


Anda boleh memilih gambar dari laman sesawang lain atau memuatnaiknya dari komputer anda sendiri. Mereka juga menyediakan perkhidmatan gambar rawak untuk anda gunakan sebagai contoh semasa membuat watermark. Anda boleh mencubanya di Roflbot.

Sep 9, 2009

Teknik Gambar Menarik Di Photofunia


Mari kita bermain dengan gambar melalui teknik² yang hebat. Ada pelbagai teknik fotografi yang boleh anda pilih untuk disesuaikan dengan gambar kegemaran anda. Dalam topik kali ini penulis cuma memilih dua jenis teknik iaitu gambar di dalam album dan gambar sedang dibakar sebagai contoh kepada anda.



Laman sesawang Photofunia menyediakan lebih kurang 119 teknik gambar yang cukup cantik. Anda pasti teruja untuk meletakkan gambar anda di dalam pelbagai teknik yang berlainan. Menariknya, setelah anda siap mengedit gambar, ada beberapa pilihan diberi sama ada anda mahu Save to disk, Save as avatar, Publish, Save to print atau Send as postcard. Tunggu apa lagi?? Cubalah sekarang.

Iklan : 090909 = tarikh yang cukup cantik.

Aug 21, 2009

Cantikkan Gambar Dengan Pic Treat


Adakalanya gambar yang diambil kelihatan kusam, nampak kesan jerawat, ada tanda merah pada mata dan lain² lagi. Justeru, ia tidak menarik untuk dimasukkan ke dalam blog. Kini, anda boleh membuang benda² yang tidak digemari itu dengan mudah.


Anda masuk ke laman sesawang PicTreat. Pilih gambar anda dan muatnaik gambar tersebut. Anda tidak perlu mendaftar, gunakan perkhidmatan percuma dengan gembira.

Tarikh Untuk Diingati : 20/08/2009 - Nokia 5800

Jan 20, 2009

Lindungi Gambar Dengan Watermark


Jika anda perasan, kebanyakan gambar yang dipaparkan di blog ini mempunyai ayat eriyza's blog. Tujuannya tidak lain adalah untuk memberitahu kepada umum bahawa gambar itu diambil dari blog ini jika anda menemui gambar yang sama di blog orang lain. Namun, semua gambar itu bukan hak milik penulis cuma penulis meletakkan tanda nama penulis kerana penulis yang membuat tutorial atau menguar²kan tentang laman web tertentu. setan


Jika anda punya banyak koleksi gambar peribadi dan ingin dipaparkan kepada umum, anda sememangnya patut membuat tanda nama pada gambar² tersebut. Usah biarkan hasil kerja anda dimanipulasi sesuka hati oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, anda perlu meletakkan watermark sebagai hak cipta anda. Buat watermark anda di Picmarkr. Anda boleh memilih Text Watermark, Image Watermark atau Tiled Watermark. Menariknya, selain anda boleh memuatturun gambar itu ke komputer, anda juga dapat mengambil gambar dari Flickr dan menyimpannya semula di Flickr. Cepat, lindungi koleksi gambar² anda di Picmarkr. Semestinya, ianya percuma. menari

Nota : Sila berikan kredit kepada blog ini jika anda mengambil sebarang gambar dari blog ini yang mempunyai tanda nama eriyza's blog. Terima kasih.

Jul 10, 2008

Buat Gambar Slideshow


Kali ini penulis ingin memperkenalkan sebuah laman web yang membolehkan anda memuatnaik gambar dan seterusnya menjadikan gambar² tersebut sebagai sebuah slideshow. Ia didatangkan di dalam pelbagai bentuk yang menarik seperti Revolution, Spiral, Twister dan lain² lagi.


Anda juga boleh menambah pelbagai aksesori tambahan. Antaranya ialah skins, decorations, glitter, size dan borders. Anda juga boleh menikmati pelbagai lagi tawaran yang bagus dari laman web Picture Trail ini. Selamat meneroka.

May 6, 2008

Jadikan Gambar Berwarna Kepada Hitam Putih


Ibu bapa kita dahulu tentu sempat bergambar dengan latar belakang gambar tersebut hitam dan putih. Zaman dahulu walaupun persekitaran gambar yang diambil itu berwarna-warni tetapi apabila dicuci dari segulung filem, ia tetap hitam putih. Justeru, penulis ingin mengembalikan nostalgia indah ibu bapa kita itu dengan memperkenalkan laman web yang boleh mengubah gambar berwarna anda kepada hitam putih. ihikhik


Laman web ini berbahasa Jepun tetapi ada pilihan bahasa Inggeris disediakan. Anda cuma perlu muatnaik gambar anda dan tekan butang Convert. Secepat kilat, gambar moden tersebut akan bertukar menjadi gambar lama, seolah² anda lahir pada seratus tahun dahulu. Anda boleh mencubanya di laman Bakumatsu Koshashin Generator. nerd

Sumber : Akusape