
Sejak akhir² ini, penulis sering terfikir untuk mengambil anak angkat. Hal ini berlegar² di kotak fikir penulis. Justeru, penulis mahu ambil serius hal ini tetapi penulis takut ayahanda dan adinda² penulis tidak akan bersetuju dengan rancangan ini. Maklumlah, memiliki anak angkat bukan semudah yang disangka. Banyak pro dan kontra yang perlu penulis kaji. Entahlah, mungkin penulis terlalu memikirkan soal masa depan sehingga timbul isu ini.
Suatu masa nanti, jika adinda² penulis berumahtangga dan mempunyai keluarga sendiri, maka tinggallah penulis sendirian. Tentu penulis akan kesunyian. Sungguh kasihan. Penulis tidak mahu menjadi insan yang hidup sendirian tanpa teman disisi. Jika penulis punya anak, meskipun bukan anak kandung, sekurang²nya ada orang yang cakna akan kehidupan penulis. Alangkah bagusnya kalau memiliki lebih dari seorang anak, dapat juga penulis menumpahkan kasih sayang. Bagus juga kalau boleh melayan karenah anak secomel Hawra Kalka'il, tentu seronok. Entah wajar atau tidak untuk penulis memiliki anak angkat. Oh Tuhan, berikanlah hambaMu ini petunjuk.













