Oct 9, 2008

Anak Angkat


Sejak akhir² ini, penulis sering terfikir untuk mengambil anak angkat. Hal ini berlegar² di kotak fikir penulis. Justeru, penulis mahu ambil serius hal ini tetapi penulis takut ayahanda dan adinda² penulis tidak akan bersetuju dengan rancangan ini. Maklumlah, memiliki anak angkat bukan semudah yang disangka. Banyak pro dan kontra yang perlu penulis kaji. Entahlah, mungkin penulis terlalu memikirkan soal masa depan sehingga timbul isu ini.


Suatu masa nanti, jika adinda² penulis berumahtangga dan mempunyai keluarga sendiri, maka tinggallah penulis sendirian. Tentu penulis akan kesunyian. Sungguh kasihan. Penulis tidak mahu menjadi insan yang hidup sendirian tanpa teman disisi. Jika penulis punya anak, meskipun bukan anak kandung, sekurang²nya ada orang yang cakna akan kehidupan penulis. Alangkah bagusnya kalau memiliki lebih dari seorang anak, dapat juga penulis menumpahkan kasih sayang. Bagus juga kalau boleh melayan karenah anak secomel Hawra Kalka'il, tentu seronok. Entah wajar atau tidak untuk penulis memiliki anak angkat. Oh Tuhan, berikanlah hambaMu ini petunjuk.

14 Comment

MamaHawra Fri Oct 10, 01:25:00 AM

aunty wan, comel2 saya, saya ni naughty tau! :D

*hugs aunty wan* :X

d0tbl0gsp0td0tk0m Fri Oct 10, 08:36:00 AM

teman pun x pasti..tp ambil anak angkat nih...kene btl yakin....sabar....dengan dugaan yg akan di hadapi...... jgn dok pikio seronok je..... tp pe2 pun selamat segalanye.....

Anonymous

Hawra, meh laa jadik anak angkat aunty Wan.
Suh mummy anto Hawra ke sini. :X

Dotblogspotdotkom, teringin nak ambil tapi takut mendapat bantahan keras dari keluarga. :(

Anonymous

bela anak angkat dari kecik syok woo.. leh lambung2 uhuhu!

Mya Fri Oct 10, 03:01:00 PM

hai eryza.. blog hop dari blog mdlazim. salam kenal. sebut psl anak angkat nie, mmg ada pro n kons je. kena bincang dgn family betul2.. good luck eh..

cheryna zamrinor Fri Oct 10, 04:40:00 PM

cube bincang ngan family ko...
aku dah lame pkkan hal nieh...in fact, parents aku sangat bersetuju!
aku bagi mase sehingga umoku 30 je...lepas tuh...kalo dah mampu...i'm going to become a mama!:D

Anonymous

Ien, mmg best kalo ada baby.
Hehehe!!! :)

Mya, terima kasih di atas sokongan anda. :D

Cheryna, target masa hang sama dgn daku, sbb tuh laa daku asek dok pk sal hal nih. Huhuhu!!! ;)

Aku Bukan Umar Al-Khatab Fri Oct 10, 08:03:00 PM

salam kak eriyza... boleh aja.. teruskan... tapi kene pastikan mampu la n anak tu akan terjaga seterusnya.. tapi dari sisi agama.. nak selamat.. ambil anak perempuan la... nenek dulu ada 10 anak angkat yang semuapun mcm mak cik2 saya sampai sekarang... dia ambil anak yatim... :)

mkaw77 Fri Oct 10, 08:34:00 PM

kena pikir bebetoi!! kena consult ngan famili dulu..

susah² kawin je.. bole dpt anak sendiri!!

Anonymous

Aku Bukan Umar Al-Khatab, insyaAllah akak mampu tuk menjaga kebajikan anak yang bakal dipelihara. Masalahnya nak bukak mulut tuk beritahu ayahanda adalah sesuatu yg rumit. :(

Mohd Kamal, dibimbangi tiada jodoh sbb tuh nak amik anak angkat. :D

Anonymous

eriyza..kalau betul nak ambik anak angkat..bawak2 berbincang dgn family dulu..kalau kena caranya mesti diorang setuju..jgn pikir negatif sgt ;)

Anonymous

Terima kasih Zamz.
Sy akan cuba pk positif. :)

Admin Mon Oct 13, 01:24:00 PM

semoga Allah mudahkan urusan utk buat kebaikan... smg byk2 bersabar...

Anonymous

Thanks Neoryzer. :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.