Ada ketikanya penulis bingung apabila fail dengan nama² yang pelik berada di dalam folder My Computer penulis. Hendak membuka fail tersebut, dibimbangi pula jika ia adalah fail perosak komputer. Justeru, alternatif perlu difikirkan untuk mencari maklumat tentang fail² yang tidak diketahui itu.
Kini, penulis menemui cara untuk mengetahui fail² yang ada di dalam folder penulis samada berkeadaan baik atau sebaliknya. Penulis cuma perlu masukkan nama fail tersebut dan kemudian tekan Enter. Selepas itu, maklumat tentang fail tersebut akan diberikan. Ini memudahkan kerja penulis untuk memadamkan fail yang diragui. Anda juga boleh mencubanya di WhatIsThatFile.


