Showing posts with label Award. Show all posts
Showing posts with label Award. Show all posts

Apr 28, 2009

Anugerah Dari Amoi Dan Daus


Sudah lama anugerah² ini diberikan, hari ini baru penulis berkesempatan untuk menayangkannya di sini. Tiga anugerah sekaligus penulis pamerkan kerana ia diberi lebih kurang serentak. Anugerah pertama diberi oleh Cik Amoi manakala dua lagi datangnya dari Daus. Terima kasih kepada kedua² bloggers ini.




1. Anda seorang bintang?
-> Bukan, saya ialah pelangi.

2. Berapa bintang penulis harus bagi untuk blog anda?
-> Kalau nak bagi juga, carikan saya seorang bintang hati.

3. Adakah penulis seorang yang sombong?
-> Saya berpendapat kamu seorang peramah.

4. Dari mana anda mengenali blog penulis?
-> Pautan yang kamu tinggalkan di blog ini.

5. Anugerah ini ada berapa warna?
-> Sebanyak warna yang ada di dalamnya.

Seterusnya anugerah² ini disebarkan kepada semua followers. Sila pilih salah satu anugerah yang anda gemari. Terima kasih.

Feb 10, 2009

Anugerah Dari Daus


Penulis mendapat Awards For Best Bloggers dari Daus. Terima kasih diucapkan kepadanya kerana sudi menghadiahkan anugerah ini kepada penulis. Namun, beberapa soalan perlu dijawab sebelum anugerah ini boleh ditampal di blog ini.


Antara soalan²nya ialah :-

Kenapa suka datang ke DausCoret Blog?
- Lawatan sesama rakan bloggers.

Adakah korang suka award ni?
- Suka

Apa korang panggil shoutbox "aku"(daus)?
- Kurang faham soalan ini.

Adakah korang baca keseluruhan coretan atau hanya separuh?
- Bergantung pada topik yang ditulis.

Passkan/share dengan 3 atau lebih bloggers kegemaran anda.
- Semua rakan di pautan dan followers penulis berhak mendapat award ini.

Buat satu posting mengenai award ni, boleh x?
- Percubaan yang menarik. Masih boleh diperbaiki untuk menjadikannya lebih bagus.

Itu saja untuk kali ini.

Dec 20, 2008

Anugerah Dari Ahadiidayu


Anugerah Si Bintang Popular 2008 / 2009 ini diberikan kepada penulis oleh bloggers beralamatkan Ahadiidayu. Menurutnya, anugerah ini diberi kepada blog² yang membuat tutorial dan sentiasa memberikan info bermanfaat. Untuk pengetahuan semua, tutorial yang ditulis disini di ambil dari pelbagai blog sumber yang lain. kenyit


Terima kasih kepada Ahadiidayu kerana sudi memberikan penghargaan kepada penulis. Walaupun blog ini cuma sekadar blog picisan tetapi ada juga insan yang tahu menilainya. malu

Dec 1, 2008

Anugerah Dari Dotblogspotdotkom


Penulis menerima anugerah yang comel kat atas daripada Dotblogspotdotkom. Penulis berterima kasih kepadanya kerana telah bemurah hati menghadiahkan anugerah ini. Nampaknya semakin ramai teman bloggers yang kreatif di dalam pembikinan anugerah seperti ini. Hanya penulis yang langsung tidak tahu menggunakan Adobe Photoshop. tension


Sekali lagi terima kasih dari penulis buat Dotblogspotdotkom. senyum

Nov 15, 2008

Anugerah Dari Ida


Ganas betul anugerah kat atas. Ianya adalah pemberian dari rakan bloggers yang menggelarkan dirinya Ida. Menurut Ida, anugerah ini diberikan kepada penulis atas faktor ilmu memblog yang dipelajarinya dari penulis. Sebenarnya ilmu untuk memblog banyak diajar di laman web lain, cuma perlu rajin mencarinya sahaja. Penulis sendiri banyak mempelajari ilmu² tersebut dari blog rakan² yang lain. kenyit


Terima kasih kepada Ida kerana sudi menghadiahi penulis anugerah ini. Sejujurnya, penulis belum layak untuk dipanggil sifu. senyumkenyit

Nov 9, 2008

Anugerah Dari Queen


Yoohoo! Dapat award dari Cik Queen yang sedang asyik masyuk bercinta dengan kekasih hatinya. Terima kasih kepadanya kerana sudi menghadiahi penulis award yang merujuk pada blog yang bagus. Bagi penulis, blog ini biasa saja, tiada apa yang bagus pun. Jadi, penghormatan yang diberikan sedikit sebanyak meningkatkan prestasi blog ini. peluk


Anugerah ini selayaknya berpindah pula kepada penama² berikut :-

Cheryna
Hawra

Selamat menerima anugerah. kenyit

Nov 6, 2008

Anugerah Dari Aliya Dan Dotblogspotdotkom




Terima kasih kepada Puan AliyaAnnuar yang menghadiahkan menara condong dan juga Dotblogspotdotkom yang memberi anugerah yang comel itu. Maaf sebab penulis agak lewat meletakkannya di blog ini.


Terima kasih daun keladi, lain kali bagilah lagi. cium

Sep 15, 2008

Anugerah Dari Neslo Dan Nrina

Award Dari Neslo
Penulis dapat anugerah lagi. Kali ini diberi pula Neslo dan Nrina, rakan bloggers yang baru penulis kenali. Terima kasih kepada mereka kerana sudi menghadiahi anugerah ini untuk penulis. Cuma, penulis kurang paham motif anugerah pemberian Neslo ini kerana ia seperti menyuruh kita menyelamatkan Orang Utan agar tidak pupus.





Ini pula anugerah yang diberikan oleh Nrina. Penulis gembira kerana diberi anugerah yang comel ini. Walauapapun, terima kasih kepada mereka berdua kerana mengingati penulis dengan memberikan anugerah² ini.

Sep 6, 2008

Anugerah Dari Ien


Yahoo!!! Penulis mendapat anugerah yang cukup cantik dari Ien. Jadi dengan rasa bangganya penulis paparkan anugerah itu di blog ini. Sebenarnya penulis cukup kagum dengan kegigihan gadis comel ini di dalam memberi input yang cukup berguna buat bloggers lain. Justeru, topik kali ini bukan setakat untuk mempamerkan anugerah ini malah penulis akan bercerita tentang pemiliknya sekali.


Penulis mengenali blog Ien yang dahulunya beralamatkan Ien247 sebelum ditukar kepada Muncet sewaktu mula² blogspot menukar tema klasik kepada tema beta. Ketika itu, penulis sibuk berguru dengan Delang dan dalam masa yang sama Ien juga turut meminta tunjuk ajar daripadanya. Tapi itu cerita dulu, sekarang Ien sudah jauh maju di dalam bidang blog. Kini, Ien menjadi tempat rujukan bagi orang lain untuk mencantikkan blog masing².

Jika anda perasan, tabview untuk pautan rakan dan menu hide and show di blog ini adalah hasil tunjuk ajarnya. Bukan mudah untuk berguru jika orang yang pandai tidak mahu memperturunkan ilmunya. Kadangkala agak sukar untuk memahami sesetengah tutorial tetapi dia tidak pula melenting jika soalan yang sama kerap diajukan. Di kesempatan ini, penulis ingin menyeru diri sendiri dan orang lain juga, jika anda berilmu, jangan lokek untuk mengajar orang lain pula kerana ilmu yang bermanfaat mampu menolong anda di dalam kubur kelak.

Untuk Ien, terima kasih kerana memberikan anugerah untuk penulis. Semoga Ien terus maju jaya di dalam setiap lapangan yang diceburi.

Sep 5, 2008

Anugerah Special New Friends


Rakan bloggers iaitu Tengok Sana Sini sekali lagi telah memberikan anugerah untuk blog ini. Kali ini anugerah untuk rakan istimewa yang baru dikenali. Maaflah pada Tengok Sana Sini sebab penulis agak lewat memaparkan topik ini. Walau apa pun, ucapan terima kasih didahulukan.


Seterusnya anugerah ini penulis panjangkan pula pada rakan² penulis iaitu :-

Aisyahhumairaa
Anastasia
Nasikerabupetro
Nur Raudhah
Salsaworldwide
Sue-ella

Aug 14, 2008

Anugerah Brilliant Weblog


Guru blog penulis iaitu Ien telah bermurah hati untuk menghadiahi penulis anugerah Brilliant Weblog. Sebenarnya penulis terkedu jugak apabila mendapat anugerah ini kerana karya di dalam blog ini banyak dirujuk dari blog orang lain. Jadi, anugerah ini bermakna bagi penulis kerana diberi oleh seseorang yang penulis jadikan sumber inspirasi.


Brilliant Weblog is a prize given to sites and blogs that are smart and brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogsphere.

Rules:
1) Put the logo on your blog.
2) Add a link to the person who awarded you.
3) Nominate other blogs.
4) Add links to those blogs on yours.
5) Leave a message for your nominees on their blogs.

Anugerah ini selayaknya untuk dimiliki oleh bloggers² ini kerana ilmu yang mereka kongsi bersama pengguna blog yang lain.

1. GreenBoc
2. Blog Menjerit
3. Sembang Komputer
4. Cekap Komputer
5. Khai

Tahniah kepada bloggers² yang menerima anugerah ini.

Aug 13, 2008

Anugerah Kreatif Blogger


Wow! Setelah sekian lama berkecimpung dalam arena blog, baru kali ini penulis mendapat anugerah dari seorang rakan baru dan sahabat lama. Mereka ialah Tengok Sana Sini dan Cheryna yang secara kebetulannya telah memberikan anugerah yang sama bagi kategori Kreatif Blogger. Penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka kerana sudi memberikan penghargaan itu buat penulis.


Ucapan berangan penulis
Terima kasih kepada para bloggers dan pembaca yang sering berkunjung ke blog picisan ini. Dengan sokongan anda, blog ini terus gah di persada maya.

It has been done according to the following rules:
1. The winner may put the logo on her blog.
2. Put a link to the person you got the award from.
3. Nominate 5 blogs.
4. Put links to the blogs.
5. Leave a message for your nominees

Seterusnya blog ini akan memberikan anugerah Kreatif Blog kepada bloggers² berikut :-

1. Dekan
2. Honey
3. Lepak
4. Tinta Lughahwi
5. Zalin

Tahniah kepada para penerima anugerah.