May 5, 2009

Pilih Blog Yang Ingin Dipaparkan


Sebentar tadi, penulis menyusun atur beberapa buah blog milik penulis, tiba² tercetus idea untuk membuat topik tentang ini. Penulis yakin ramai di antara bloggers mempunyai lebih dari satu blog sama ada anda menggunakan blog² tersebut sebagai blog yang dipaparkan kepada umum atau pun sekadar blog untuk tujuan percubaan sesuatu kod.


Sekiranya anda tidak mahu blog² anda yang lain dipaparkan kepada umum apabila profil anda diklik, anda boleh menyembunyikan. Cara-caranya adalah seperti berikut :-

1. Login ke Blogspot.

2. Klik Edit Profile.

3. Cari Show my blogs. Klik pada Select blog to displays.

4. Pada bahagian Set Displayed Blogs, buang tanda dalam kotak pada blog yang anda tidak mahu paparkan.

5. Save Settings.

Siap. Anda tidak perlu lagi memaparkan blog anda yang belum siap atau blog percubaan kepada umum.

May 4, 2009

Memasukkan Dokumen Dalam Blog

Borang DBP by Eriyza
Jika anda mempunyai sebarang fail berformat dokumen, bolehkah anda berkongsi fail tersebut dengan rakan anda di blog?? Anda tidak tahu?? Sebenarnya boleh asalkan anda tahu cara untuk memasukkannya ke dalam blog. Mari penulis ajarkan anda sekalian.


1. Daftar akaun anda di Scribd.

2. Klik Upload, pilih dan muatnaik fail yang anda kehendaki. Antara format fail yang dibenarkan ialah doc, docx, ppt, pptx, pps xls, xlsx, pdf, ps, odt, odp, sxw, sxi, txt dan rtf. Tandakan kotak persetujuan termanya. Kemudian klik Upload Docs.

3. Di bahagian Describe Your Documents, anda boleh melengkapkan maklumat yang diminta mengikut kesesuaian. Seterusnya klik Save Changes.

4. Seterusnya skrol ke bawah sehingga ke bahagian Share This Document. Klik Copy pada bahagian Embed Code.

5. Masukkan kod tadi ke dalam blog anda dengan menggunakan mod Edit HTML.

6. Preview dan Publish Post jika anda berpuashati dengan hasilnya.

Sekarang, anda dapat berkongsi fail dokumen di blog anda tanpa sebarang halangan lagi. Selamat mencuba.

May 3, 2009

Muatturun Lagu Dari Imeem


Lagu dari Imeem kadangkala sukar untuk dimuatturun. Mungkin anda ada cara untuk memuatturunnya dengan cara anda sendiri, dapatlah kiranya dikongsi nanti. Kali ini penulis ingin berkongsi cara untuk memuatturun lagu dari Imeem dengan cara penulis.



1. Anda masuk ke laman web Imeem. Cari lagu yang anda kehendaki. Bila lagu yang anda mahu terpapar, klik pada Song Details. Seterusnya klik kanan pada pautan yang terdapat di Location dan pilih Copy Link Location.


2. Seterusnya anda masuk ke laman web File2HD. Tampal pautan lagu yang telah anda salin tadi. Tandakan kotak termanya. Pilih Audio di bahagian Filter. Klik Get Files. Di bahagian bawahnya akan diberi pautan fail tersebut. Anda klik kanan dan pilih Save Link As.

3. Pada bahagian paling bawah laman web tersebut, klik pada Tools. Muatturun FLV2MP3 - Converts FLV files to MP3. Unzip dan ekstrakkan fail tersebut ke dalam folder. Setiap fail yang dimutturun tersedia di dalam format .FLV, jadi anda perlu menukarnya sendiri ke format .MP3.


4. Buka folder FLV2MP3 tadi. Klik pada FLV2MP3. Satu tetingkap Convert FLV to MP3 akan muncul. Klik pada tetingkap tersebut dan pilih lagu yang anda telah simpan di dalam bentuk .FLV tadi untuk ditukarkan ke bentuk .MP3.

Siap. Sekarang anda boleh menikmati lagu kegemaran anda. Selain dari laman web Imeem, anda juga boleh memuatturun lagu dari Myspace. Lain² laman web hiburan juga boleh tetapi penulis tekankan Imeem kerana lagunya sukar untuk dimuatturun. Sebarang soalan sila kemukakan di bahagian komen.