Nov 4, 2009

Pamer Graffiti Di Twitter


Anda gemar melukis?? Apa kata anda bikin lukisan graffiti yang cantik bertemakan bebas dengan memasukkan warna² yang bersesuaian. Kemudian, anda pamerkan graffiti anda tadi di Twitter. Pasti rakan² anda akan teruja melihat hasil kerja anda.


Anda masuk ke laman sesawang TwitDraw. Mulakan melukis apa saja yang anda mahu dengan menggunakan warna yang telah disediakan. Ia turut disertai dengan kemudahan seperti Width, Opacity, Undo dan Start Over. Anda juga boleh memilih graffiti dari galeri sedia ada dan melukis dari graffiti tersebut. Setelah berpuas hati dengan graffiti anda, klik pada butang Post to Twitter agar lukisan itu dapat dikongsi bersama rakan² yang lain. Selamat berseronok.

Info : Graffiti bermaksud sejenis seni seperti lukisan yang lazimnya ditulis di dinding² bangunan menggunakan komposisi warna, garis, bentuk dan volume.

Nov 3, 2009

Buat Butang Dengan Tabs Generator


Anda sedang mencari butang untuk dibuat tab menu untuk blog anda?? Mungkin anda boleh cuba membuat tab tersebut dengan menggunakan generatornya. Anda boleh memilih warna, jenis tab sama ada menegak atau melintang sesuka hati. Selepas itu, anda bolehlah memuatturunnya sebelum diletakkan ke dalam blog.


Untuk maklumat lanjut, sila ke laman sesawang Tabs Generator.

Nov 1, 2009

Fungsi Kekunci ALT Dengan Nombor

© ® ™ § † ‡ – — ¶

¢ £ € ¥ ƒ ¤

÷ ° ¬ ± µ ‰

¼ ½ ¾

¡ ¿ ²

Adakah anda tahu bagaimana hendak menghasilkan simbol² seperti di atas?? Mungkin ramai di antara anda yang sudah mengetahuinya tetapi tak kurang juga makhluk Tuhan yang belum maklum. Cara untuk membuatnya senang sahaja iaitu dengan hanya menggunakan kombinasi butang ALT dan nombor² di sebelah kiri keyboard anda.


Sebelum itu pastikan butang Num Lock menyala agar kaedah ini dapat diaplikasikan. Anda juga perlu menekan butang ALT tanpa lepas bersama² dengan kombinasi nombornya.


© = ALT + 0169
® = ALT + 0174
™ = ALT + 0153
§ = ALT + 0167
† = ALT + 0134
‡ = ALT + 0135
– = ALT + 0150
— = ALT + 0151
¶ = ALT + 0182

¢ = ALT + 0162
£ = ALT + 0163
€ = ALT + 0128
¥ = ALT + 0165
ƒ = ALT + 0131
¤ = ALT + 0164

÷ = ALT + 0247
° = ALT + 0176
¬ = ALT + 0172
± = ALT + 0177
µ = ALT + 0181
‰ = ALT + 0137

¼ = ALT + 0188
½ = ALT + 0189
¾ = ALT + 0190

¡ = ALT + 0161
¿ = ALT + 0191
² = ALT + 0178

Sebenarnya anda boleh mencuba sendiri ALT dengan kombinasi nombor yang lain. Mungkin anda akan menemui simbol yang menarik. Selamat mencuba. ☻♥☻