Showing posts with label Windows XP. Show all posts
Showing posts with label Windows XP. Show all posts

Nov 20, 2011

Rahsia Desktop Wallpaper Windows XP


Ramai di antara pengguna Microsoft di dunia menggunakan Windows XP sebelum beralih ke Windows 7 termasuklah penulis. Anda tentu sangat maklum akan imej asal desktopnya yang menggunakan gambar bukit yang menghijau dan awan nan membiru. Gambar yang paling banyak ditonton di dunia ini sebenarnya telah dirakamkan oleh Mr. Chuck O’Rear di Sonoma, Napa, North California. Beliau merupakan bekas jurugambar untuk National Geographic.

Feb 22, 2010

Setkan Password Dalam Microsoft Word


Topik ini untuk pengguna Microsoft Word 2007. Kali ini penulis ingin berkongsi cara² memasukkan pasword (kata laluan) untuk setiap dokumen yang kita buat. Ia tidak lain bertujuan untuk melindungi isi kandungannya agar tidak dibaca oleh orang lain. Jom kita mulakan.

Feb 20, 2010

Setkan Default Web Browser Di Komputer


Lazimnya setiap pemilik komputer memasang lebih dari satu web browser. Bagaimana agaknya untuk menetapkan sesuatu browser sama ada Mozilla Firefox, Google Chrome, Opera atau lain² agar menjadi browser utama di komputer anda?? Jika mahu tahu, baca topik ini sampai habis.

Feb 10, 2010

Tukar Teks Ke Audio Dengan Notepad


Pernahkah anda membuat audio dari Notepad anda?? Jika belm pernah, suka penulis kongsikan cara² unuk membuatnya pada kali ini. Anda cuma perlukan Notepad dan beberapa baris kod untuk memastikan audio tersebut dapat berfungsi dengan baik. Dah sedia?? Jom belajar bersama.

Dec 27, 2009

Salin Fail Lebih Pantas Dengan TeraCopy


Jika anda menyalin sejumlah fail dari folder A ke folder B atau dari komputer ke pendrive, ada waktunya ia mengambil masa yang agak lama. Apatah lagi jika fail² berkenaan adalah lagu atau pun video. Anda harus mencari alternatif untuk mempercepatkan proses penyalinan fail² tersebut.

Nov 18, 2009

Tukarkan Ikon Recycle Bin


Hari ini penulis teringin berkongsi cara untuk menukar ikon pada Recycle Bin. Kalau sebelum ini ikonnya berupa tong sampah biasa, anda boleh menukarnya dengan ikon tong sampah yang lebih menarik. Okey, jom kita belajar sama².


1. Klik kanan pada Desktop anda, pilih Properties.

2. Pada tab Desktop, klik Customize Desktop.

3. Di tab General, pilih folder yang ingin diubah iconnya. Sebagai contoh, penulis memilih Recycle Bin. Seterusnya klik Change Icon.

4. Browse dan muatnaik ikon pilihan anda. Klik OK. OK dan OK lagi.

Siap. Selamat mencuba.

Nov 13, 2009

Koleksi Tulisan Dari Urbanfonts



Anda sudah jemu dengan bentuk tulisan biasa yang ada di dalam komputer anda?? Ingin sekali mevariasikannya dengan pelbagai jenis tulisan yang menarik?? Anda boleh memuatturun pelbagai jenis tulisan yang mempunyai pelbagai bentuk sama ada menegak atau condong.


Okey, anda boleh memuatturun tulisan² kegemaran anda di Urbanfonts. Ianya tidak terhad kepada pengguna Windows sahaja kerana ada juga tulisan yang disediakan untuk pengguna MAC. Ketahui cara² untuk memasukkan tulisan ke dalam komputer.

Nov 1, 2009

Fungsi Kekunci ALT Dengan Nombor

© ® ™ § † ‡ – — ¶

¢ £ € ¥ ƒ ¤

÷ ° ¬ ± µ ‰

¼ ½ ¾

¡ ¿ ²

Adakah anda tahu bagaimana hendak menghasilkan simbol² seperti di atas?? Mungkin ramai di antara anda yang sudah mengetahuinya tetapi tak kurang juga makhluk Tuhan yang belum maklum. Cara untuk membuatnya senang sahaja iaitu dengan hanya menggunakan kombinasi butang ALT dan nombor² di sebelah kiri keyboard anda.


Sebelum itu pastikan butang Num Lock menyala agar kaedah ini dapat diaplikasikan. Anda juga perlu menekan butang ALT tanpa lepas bersama² dengan kombinasi nombornya.


© = ALT + 0169
® = ALT + 0174
™ = ALT + 0153
§ = ALT + 0167
† = ALT + 0134
‡ = ALT + 0135
– = ALT + 0150
— = ALT + 0151
¶ = ALT + 0182

¢ = ALT + 0162
£ = ALT + 0163
€ = ALT + 0128
¥ = ALT + 0165
ƒ = ALT + 0131
¤ = ALT + 0164

÷ = ALT + 0247
° = ALT + 0176
¬ = ALT + 0172
± = ALT + 0177
µ = ALT + 0181
‰ = ALT + 0137

¼ = ALT + 0188
½ = ALT + 0189
¾ = ALT + 0190

¡ = ALT + 0161
¿ = ALT + 0191
² = ALT + 0178

Sebenarnya anda boleh mencuba sendiri ALT dengan kombinasi nombor yang lain. Mungkin anda akan menemui simbol yang menarik. Selamat mencuba. ☻♥☻

Oct 22, 2009

AutoFill Dalam Microsoft Excel



Okey, hari ini penulis ingin berkongsi sedikit tips mengenai Microsoft Excel. Bagi anda yang mahir menggunakan MS Excel, topik ini terlalu remeh temeh buat anda tetapi amat berbaloi untuk dibaca oleh sesiapa yang belum tahu akan fungsi memasukkan data secara automatik. Apa tunggu lagi?? Jomlah masuk kelas.


1. Buka Microsoft Excel 2003 anda.

2. Pada kolum A tulis Bulan manakala pada kolum B tulis Bilangan. Di bawah Bulan isikan pula
1/1/2009 dan di bawah Bilangan isikan 100.

3. Anda highlightkan 1/1/2009 dan 100 yang anda buat tadi sehingga di hujung sebelah kanannya terbentuk tanda + berwarna hitam. Tarik sahaja tanda + itu ke bawah sebanyak mana yang anda mahu.

Ini adalah kaedah pertama untuk membentuk autofill yang berturutan seperti bulan dari Januari hingga Disember manakala bilangannya pula hanya bertambah 1 untuk setiap bulan.

Seterusnya kita buat pula autofill untuk tarikh yang berturutan di dalam sebulan. Penulis memilih bulan 1 sebagai contoh manakala jumlahnya pula penulis tambahkan 500 untuk setiap hari.

4. Pada kolum D masukkan Tarikh dan kolum E pula masukkan Jumlah. Di bawah
Tarikh letakkan 1/1/2009 dan 2/1/2009 manakala di bawah Jumlah pula letakkan 1000 dan 1500.

5. Anda highlightkan 1/1/2009, 2/1/2009, 1000 dan 1500 yang anda buat tadi sehingga di hujung sebelah kanannya terbentuk tanda + berwarna hitam. Tarik sahaja tanda + itu ke bawah sebanyak mana yang anda mahu.

6. Siap.

Cara ini sangat efisien untuk digunakan di dalam sesuatu yang berturutan terutamanya tarikh, bulan, nombor dan sesuatu yang statik bilangannya.

Nah, kini anda sudah menyiapkan kerja² mengisi data dengan lebih cepat. Anda juga lebih cekap selain menjimatkan masa. Sebarang pertanyaan, sila ajukan di bahagian komen.

Oct 10, 2009

Auto Correct Dalam Microsoft Word


Berapa ramai daripada kita yang menggunakan AutoCorrect sewaktu menaip di Microsoft Word?? Mungkin anda adalah antara penggunanya dan mungkin juga tidak menghiraukan langsung fungsinya. Apa kata anda mencuba keseronokan menggunakan perkhidmatan AutoCorect. Di samping itu, ia juga menjimatkan masa jika anda perlu mengulang perkataan yang sama banyak kali.




1. Buka Microsoft Word 2003 anda.

2. Klik pada Tools - AutoCorrect options.

3. Di tab AutoCorrect, masukkan perkataan ringkasan pada Replace dan masukkan perkataan penuh pada With.

Contoh :-

Penulis menggunakan blog1 (Replace) untuk http://eriyza.via.my (With) manakala blog2 (Replace) untuk http://eriyza.aeropama.com (With). Justeru, penulis cuma perlu menaip blog1 atau blog2 sahaja bagi menggantikan alamat penuh blog² penulis.

4. Klik Add dan seterusnya OK.

Anda boleh mula menaip seperti biasa dan gunakan perkataan ringkasan tadi untuk menggantikan perkataan penuh. Cara ini amat berbaloi untuk perkataan yang panjang misalnya nama jabatan seperti Polis Diraja Malaysia sebagai PDRM.

Sekiranya, anda tidak mahu menggunakan perkataan ringkasan itu lagi, anda cuma perlu highlightkan perkataan tadi dan Delete sahaja di menu Tools - AutoCorrect options.

AutoCorrect juga boleh digunakan untuk membetulkan perkataan yang tersalah dieja. Misalnya eriza kepada eriyza.

Selamat mencuba. Semoga sukses.

Sep 30, 2009

Carian Lebih Pantas Dengan Everything


Lazimnya anda menggunakan fungsi Search di Start Menu untuk mencari fail atau folder yang anda lupa lokasinya. Tetapi carian seperti ini kadangkala lembap dan anda perlu menunggu seketika sebelum keputusannya dipaparkan. Untuk itu, anda boleh mencari alternatif lain untuk mempercepatkan proses carian tersebut


Dengan menggunakan perisian Everything, tugas anda menjadi lebih mudah. Anda cuma perlu melancarkan programnya sahaja. Kemudian, taip kata kunci berkaitan dengan bahan yang ingin anda cari. Sekelip mata, ia akan memaparkan semua benda yang berkemungkinan besar mempunyai kaitan dengan pencarian anda tadi. Menariknya, ia juga didatangkan di dalam bentuk portable. Cubalah, anda pasti suka.

Via : Sembang Komputer

Sep 29, 2009

Buang Alamat Pautan Dalam Microsoft Word


Kadangkala apabila menulis di Microsoft Word, ada sesetengah ayat kita ambil (copy) dan tampal (paste) terus dari laman sesawang. Akan tetapi jika ayat yang kita mahukan itu mempunyai pautan (link) ke laman sesawang tertentu, tentu ia sedikit sebanyak melambatkan tugas kita untuk membuang alamat pautan tersebut satu persatu.


Kali ini penulis mahu berkongsi cara untuk membuang alamat pada pautan yang tidak dikehendaki dengan cara yang pantas.

1. Buka Microsoft Word. Ambil ayat dari laman sesawang tertentu.

2. Tampal ayat tersebut di Microsoft Word anda.

3. Highlightkan (CTRL + A) ayat yang anda ingin buang alamat pautan. Kemudian, tekan CTRL + Shift + F9.

Seketika kemudian, kesemua pautan tadi akan menjadi ayat biasa. Mudah saja. Selamat mencuba.

Via : Logical Tips

Apr 25, 2009

Fungsi Butang Windows


Anda tahu fungsi² butang Windows di keyboard anda selain ianya digunakan untuk memaparkan menu Start?? Penulis sendiri kurang maklum dengan fungsi² lain yang boleh digunakan hanya dengan menggunakan sentuhan butang Windows dan kombinasi beberapa butang lain. Ayuh, kita semak.


Windows Logo
- Display or hide the Start menu

Windows Logo + BREAK
- Display the System Properties dialog box

Windows Logo + D
- Display the desktop

Windows Logo + M
- Minimize all of the windows

Windows Logo + SHIFT + M
- Restore the minimized windows

Windows Logo + E
- Open My Computer

Windows Logo + F
- Search for a file or a folder

Windows Logo + F + CTRL
- Search for computers

Windows Logo + F1
- Display Windows Help

Windows Logo + L
- Lock the keyboard

Windows Logo + R
- Open the Run dialog box

Windows Logo + U
- Open Utility Manager

Via : Microsoft

Apr 13, 2009

Menambah Tulisan Di Dalam Komputer


Penulis gemarkan tulisan atau font yang menarik tetapi malangnya tulisan asas yang disediakan di dalam komputer tidak begitu banyak. Justeru, penulis memuatturunnya dari laman web lain untuk digunakan di dalam komputer penulis. Kini, penulis mahu berkongsi cara untuk menambah tulisan baru ke dalam komputer.



1. Pertama sekali, anda perlu mendapatkan tulisan untuk digunakan. Penulis sarankan anda memuatturun tulisan tersebut dari 1001 Free Fonts.

2. Setelah itu, ekstrakkan tulisan tadi ke dalam folder.

3. Seterusnya klik butang Start - Control Panel. Pilih menu Fonts.


4. Di dalam folder Fonts tadi, anda klik pada File lalu pilih Install New Font. Satu tetingkap Add Fonts akan muncul dan anda dikendaki mencari tulisan yang ingin anda gunakan. Tekan OK setelah selesai memilih.

5. Siap. Tulisan baru telah ditambah ke dalam folder Font anda. Anda cuma perlu membuka Microsoft Word untuk mencuba tulisan baru anda.

Caranya amat senang. Tentu anda boleh buat. Cubalah.

Mar 24, 2009

Tukarkan Gambar Pemilik Akaun


Hari ini penulis mahu menulis topik yang agak ringan tetapi masih berkisar tentang ilmu. Jika anda menggunakan Windows XP, anda akan melihat gambar Administrator pada bahagian paling atas sekiranya anda klik butang Start. Gambar itu mungkin tidak menarik pada pandangan anda, apa kata anda tukarkan gambar tersebut dengan gambar pilihan sendiri.


Cara untuk membuatnya cukup mudah.

1. Klik butang Start.
2. Pilih Control Panel.
3. Pilih User Accounts.
4. Pilih Change My Picture.
5. Sekarang pilih atau muatnaik gambar kegemaran anda.

Siap. Senang saja. Cubalah sendiri.

Dec 18, 2008

Tema Hitam Menawan Untuk Firefox


Tahukah anda bahawa Firefox anda kini boleh dihiasi dengan tema hitam yang menarik?? Penulis sangat teruja untuk menggunakan tema hitam ini sebaik mengetahui tentangnya. Tema ini dikeluarkan oleh NASA Night Launch, sesuai untuk digunakan di Firefox 2.x and 3.x dengan sistem operasi Windows, Mac atau Linux. kenyit


Anda perlu mencuba tema ini di Firefox anda kerana ia amat menawan. Masih menggunakan Internet Explorer?? Beralihlah ke Firefox untuk kepuasan mencari sebarang bahan yang maksimum. Anda juga teruja seperti penulis?? Ayuh, muatturun tema ini di Star Field Themes. love

Dec 11, 2008

Alternatif Untuk Notepad


Perisian Notepad anda rosak sewaktu anda ingin menggunakannya?? Jangan risau wahai sahabat, anda boleh menggunakan perisian Jarte portable yang fungsinya lebih kurang sama seperti Notepad, Word dan Wordpad. Perisian ini bersaiz kecil sahaja. Sesuai untuk digunapakan pada waktu kecemasan. kenyit


Jika anda mahu mencuba perisian ini, anda boleh memuatturunnya di Jarte. Selamat mencuba. sengihnampakgigi

Via : Lifehacker

Sep 14, 2008

Tambah Folder Pada Menu Send To


Adakah anda seorang yang gemar mengasingkan fail² yang berada di dalam My Documents komputer anda?? Misalnya gambar untuk blog anda letakkan di Folder Photo, dokumen pejabat pula di dalam Folder Office dan sebaliknya. Kadangkala apabila anda memuatturun sebarang fail dari internet, ianya akan disimpan di dalam My Documents. Justeru, anda perlu copy dan paste pula ke folder yang khusus.


Apa kata kalau kita gunakan pendekatan yang lebih mudah untuk mengalih sebarang fail ke folder yang telah dikhaskan?? Penulis mahu mengajar anda cara untuk menambah folder baru di dalam arahan klik kanan Send To. Ianya lebih memudahkan untuk anda mengalih fail tanpa perlu membuka dua folder yang berlainan.

Berikut ialah cara²nya :-
  • Buka My Computer - Local Disk (C) - Documents and Settings - Username ( Contoh folder penulis ialah :- C:\Documents and Settings\Eriyza Qistina )
  • Cari folder Send To.
  • Klik pada folder tersebut.
  • Klik kanan dan create New - Folder dan tulis nama yang bersesuaian.
  • Siap.
Kini, menu Send To anda telah dilengkapi dengan satu lagi folder baru. Anda cuma perlu klik kanan pada mana² fail yang anda ingin pindahkan dan guna saja menu Send To. Selamat mencuba. Semoga berhasil.

Aug 25, 2008

Skrin Saver Dari Gambar Peribadi



Tahukah anda bahawa anda boleh membuat skrin saver pada komputer anda dengan menggunakan gambar² anda sendiri?? Justeru, anda tidak perlu lagi menggunakan skrin saver asal jika anda mahu wajah² insan kesayangan anda terpapar di skrin komputer setiap kali anda berehat seketika dari menggunakan komputer.


Mari kita mulakan proses pembelajaran memasang skrin saver sendiri.
  • Klik kanan pada Desktop.
  • Pilih Properties.
  • Ambil tab Screen Saver.
  • Pada menu Screen saver, pilih My Pictures Slideshow.
  • Ubah saiz gambar, waktu paparan dan galeri pilihan di Settings.
  • Setelah siap diedit, klik Ok.
  • Akhir sekali, klik Apply.
Siap. Selamat mencuba. Semoga berjaya.

May 13, 2008

Hilangkan Kotak Aduan Rosak


Setiap kali program yang dilancarkan di Windows atau laman web di browser mengalami masalah, satu kotak dialog aduan rosak (error report) akan keluar. Tujuan kotak tersebut ialah untuk membolehkan pengguna menghantar aduan tentang program yang tidak berfungsi dengan baik. Namun, penulis beranggapan kotak tersebut mengganggu penulis ketika sedang sibuk membuat kerja. gile


Justeru, penulis mencari penyelesaian untuk menghalang kotak dialog itu muncul apabila keadaan yang sama berulang.
  • Tekan butang Start.
  • Buka Control Panel.
  • Klik 2 kali pada System.
  • Pilih tab Advanced.
  • Tekan pada menu Error reporting.
  • Hilangkan tanda pada kotak Disable error reporting.
Siap. Selepas ini kotak dialog tersebut tidak akan muncul lagi di skrin komputer anda. takbole