Nov 6, 2009

Lindungi Gambar Dengan Watermarktool


Anda mahu meletakkan watermark pada setiap gambar anda?? Ianya antara lain adalah untuk melindungi gambar² anda daripada diplagiat secara tidak bermoral oleh orang lain.


Anda cuma perlu memuatnaik gambar anda ke Watermarktool, sepuluh gambar bersaiz tidak melebihi 200kb dibenarkan dimuatnaik di dalam satu masa. Selepas itu, isikan maklumat yang berkaitan di bahagian Personalise. Jika anda mahu watermark itu memenuhi segenap ruang gambar, tandakan pada kotak Text Repeat. Kemudian klik sahaja butang Generate. Akhir sekali, klik kanan pada gambar yang telah siap diedit dan simpan ke dalam komputer anda. Siap.

Nov 5, 2009

Koleksi Logo Google



Ramai di antara pengguna internet di seluruh dunia menggunakan Google sebagai enjin pencarian utama. Kita juga sedia maklum bahawa Google sentiasa meraikan pelbagai perayaan di seluruh dunia dengan logo² tertentu. Justeru, mari kita menyelongkar 'almari' Google untuk melihat logo² yang pernah dihasilkan.


Anda cuma perlu masuk ke Google Logos. Anda akan disajikan dengan semua logo² menarik yang dicipta berdasarkan perayaan atau peristiwa tertentu setiap negara termasuk negara kita, Malaysia.

Nov 4, 2009

Pamer Graffiti Di Twitter


Anda gemar melukis?? Apa kata anda bikin lukisan graffiti yang cantik bertemakan bebas dengan memasukkan warna² yang bersesuaian. Kemudian, anda pamerkan graffiti anda tadi di Twitter. Pasti rakan² anda akan teruja melihat hasil kerja anda.


Anda masuk ke laman sesawang TwitDraw. Mulakan melukis apa saja yang anda mahu dengan menggunakan warna yang telah disediakan. Ia turut disertai dengan kemudahan seperti Width, Opacity, Undo dan Start Over. Anda juga boleh memilih graffiti dari galeri sedia ada dan melukis dari graffiti tersebut. Setelah berpuas hati dengan graffiti anda, klik pada butang Post to Twitter agar lukisan itu dapat dikongsi bersama rakan² yang lain. Selamat berseronok.

Info : Graffiti bermaksud sejenis seni seperti lukisan yang lazimnya ditulis di dinding² bangunan menggunakan komposisi warna, garis, bentuk dan volume.