Dec 3, 2010

Majlis Konvokesyen Ke-73 UiTM


Tarikh bersejarah di dalam kehidupan seorang pelajar termaktub lagi pada tarikh 2 Disember 2010. Dua tahun lepas, adinda lelaki penulis telah menerima diplomanya di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Akan tetapi kali ini isitadat konvokesyen dilakukan di UiTM Dungun, tempat adinda menamatkan pengajiannya.

Dec 2, 2010

Pameran Proton Pahlawan


Sana sini warga internet sibuk bercerita tentang Proton Pahlawan yang dikatakan bakal menggantikan Proton Persona. Maka, penulis dengan gigihnya telah mencari gambar² Proton Pahlawan tersebut. Ketika ini kesemua kenderaan tersebut dipamerkan di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2010. Diberitakan concept car ini mendapat maklum balas positif dari penggemar kereta. Tidak dinafikan rekaannya agak menarik walaupun masih dibayangi oleh pengeluar kereta popular yang lain seperti Lotus dan Mitsubishi Lancer.

Dec 1, 2010

Permainan Online : Kata Ganti Nama Diri Tahun Tiga


Permainan ini mengandungi 15 soalan di dalam satu set. Setiap soalan mempunyai tempat kosong yang perlu diisi dengan diikuti empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang yang anda rasakan paling tepat. Respon akan diberi dengan pantas sama ada anda berjaya atau gagal.