
Membeli barangan atas talian atau online menjadi trend terkini pengguna internet. Jika barang yang dihantar sama dengan barang yang dipesan, tentunya anda akan mengulangi perbuatan shopping online. Tetapi awas, bukan semua peniaga di internet jujur kerana barang yang diberikan kepada anda tidak setimpal dengan harga yang anda bayar. Paling malang kalau barang berkenaan bukan barang yang anda mahukan.




