Jul 7, 2007

Satu Hari Di Kuala Lumpur dan Selangor



Peta ke Universiti Kebangsaan Malaysia

Adinda perempuan penulis akan pulang ke kampusnya di Universiti Kebangsaan Malaysia pada hari ini. Seperti kelaziman, ayahanda dan bonda penulis akan menghantar anakanda keduanya itu ke kampus. Penulis dan adinda lelaki tidak melepaskan peluang untuk turut serta makan angin. Kami bertolak dari kediaman pada jam 7 pagi.


Inilah kad tol Lebuhraya Pantai Timur. Rupanya cam kad pengenalan.

Kami makan tengahari di Chow Kit Road. Kalau tak silap penulis nama restoran tersebut ialah MZ Darulnaim. Berselera sungguh seisi ahli keluarga penulis menjamu selera.


Ayahanda dan bonda sedang santap dengan penuh selera.

Ketam, udang dan ikan panggang

Budu dan ulaman


Selepas acara makan², kami meneruskan perjalanan untuk meronda kota metropolitan ini. Kemudian penulis terus ke UKM. Disana, penulis temui sorang rakan yang telah sekian lama ingin penulis kenali. Si dia yang hadir dengan Proton Waja hitam metalik kelihatan begitu anggun dan comel sebaik sahaja keluar dari perut kereta. Terima kasih kerana sudi hadir ke UKM sahabatku Nurul Huda. Penulis sangat teruja dapat berjumpa saudari. Semoga kita bertemu lagi di lain ketika. Menjalin ukhwah sesama islam.

Jul 6, 2007

BBQ TKO Timur

Syukur alhamdulillah, seperti yang dirancang aktiviti BBQ TKO Timur berjalan lancar. Walaupun penulis hadir agak lewat kerana terpaksa mengajar dahulu tetapi aktiviti ini tetap berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah. Penulis hadir bersama adinda lelaki pada jam 10 malam. Setibanya di sana, sudah ramai ahli TKO kelihatan. Mereka sedang sibuk membakar ayam dan sotong, manakala sebahagian yang lainnya sedang makan.
Penulis memberi salam kepada seorang wanita yang sedang makan dan bertanya adakah dia dari team TKO. Mujurlah penulis bertanya pada orang yang betul. Penulis mengambil tempat di sebelahnya. Kami berkenalan sambil beramah mesra. Penulis kemudiannya mendaftar nama dan membuat bayaran pada urusetia iaitu SaripDol. Selepas itu, penulis mengambil makanan. Kemudian, kami mendengar tazkirah yang disampaikan oleh ustaz undangan khas.

Kemudian, sessi taaruf dilakukan. Penulis dan kak haida diarahkan untuk mengetuai majlis. Menggelabah jugak laa penulis. Nasib baik laa penulis selalu mengikuti usrah online, berjaya jugak penulis menjayakan majlis walaupun ada kekurangan. Di dalam sessi taaruf ini, para isteri memperkenalkan diri masing² tetapi sayangnya mereka tidak mengetahui nickname suami mereka. Seronoknya dapat mengenali muslimat yang hadir. Terasa ukhwah yang terjalin begitu kukuh.

Di akhir pertemuan, kami bercadang untuk bergambar sebagai kenangan. Malangnya, angin bertiup dengan kuat diikuti dengan hujan lebat. Maka, terpaksalah dibatalkan program itu. Penulis meminta diri untuk beredar pulang. Kami bertemu dan berpisah kerana Allah.

Jul 5, 2007

Teman Sejati



Teman sejati sukar dicari. Beruntunglah kalian sekiranya punya teman sejati. Penulis sendiri punya beberapa orang teman yang penulis kira cukup layak untuk dilabelkan sebagai teman sejati. Sewaktu penulis melawak, merekalah yang ketawa mengilai. Apabila penulis bersedih, mereka dahulu yang menitiskan airmata. Banyak kenangan indah terpatri antara kami. Mudah²an ukhwah yang terjalin ini berterusan hingga hujung nyawa. Lagu ini penulis dedikasikan buat kalian yang penulis sayangi.


Peng you (Friends) - Emil Chow

Feng ye guo, yu ye zou
The wind has passed, the rain had gone

You guo lei, you guo cuo
There were tears, there were wrongs

Hai ji de jien chi shen me
Things we hold dear I still recall


Zhen ai guo, chai hui tong
If you've had true love, then you would know

Hui ji muo, hui hui shou
There is loneliness, there are goodbyes

Zhong you meng, zhong you ni
There are dreams, always there is you

Zai xin zhong
In my heart


** Peng you yi shen yi chi zou
Friends walk this life together

Na xie ri zhi bu zhai you
Those days will not return

Yi ju hua, yi bei zhi
One word, one life

Yi shen ching, yi bei jiu
A lifetime relationship, a cup of wine


Peng you bu cheng gu tan gou
With friends you won't be lonely

Yi shen peng you, ni hui dong
Lifelong friends, you'd understand

Hai you shang, hai you tong
There are wounds, there is pain

Hai yao zou
Must go our separate ways

Hai you wo
Always there is me

* Repeat