Showing posts with label Music. Show all posts
Showing posts with label Music. Show all posts

Mar 25, 2013

Opick - Rapuh


Bintang Malam menyuruh penulis mendengar lagu ini petang tadi melalui kiriman video di WhatsApp. Ini kali pertama penulis mendengar lagu yang diberi judul Rapuh dendangan penyanyi dakwah dari Indonesia, Opick.

May 13, 2012

Maher Zain - Number One For Me


Hari ini seluruh dunia meraikan Hari Ibu tetapi ada pendapat mengatakan bahawa ianya HARAM disambut. Sungguhpun ibu penulis telah jauh, namun kasihnya tetap abadi di hati. Sayang ummi selamanya... infiniti...

Apr 29, 2012

FT Island - Poker Face


FT ISLAND - POKER FACE

Apr 18, 2012

Ahn Jae Wook - Forever


Ahn Jae Wook, penyanyi berbakat besar dari Korea membawakan lagu yang diberi judul Forever dengan begitu baik sekali. Sekali dengar sahaja, penulis sudah terpaut.

Apr 7, 2012

Eye - Merisik Janji


Malam² macam ini terasa ingin melayan lagu rock kapak setelah seharian penat menguruskan hal ehwal mustahak. Sesekali buat makan² sambil menjamu tetamu yang hadir amat menyeronokkan walaupun sedikit penat.

Mar 31, 2012

Tasha Manshahar - Be Mine


Ada khabar gembira untuk kami sekeluarga hari ini. Doa dan harapan penulis agar semuanya berjalan lancar. InsyaAllah. Untuk mengekpressikan perasaan bahagia ini, penulis hadiahkan sebuah lagu romantis untuk kalian yang boleh membuai jiwa.

Mar 24, 2012

Anis - Bulan Ditutup Awan


VIDEO BULAN DITUTUP AWAN OLEH ANIS

Mari kita kembali ke zaman muda emak bapak kita dahulu. Lagu Bulan Ditutup Awan ini asalnya dinyanyikan oleh Rokiah Wanda tetapi diberi nafas baru oleh Yuna. Namun, hari ini bukan lagu dari Yuna yang ingin penulis perdengarkan malah penyanyi ini bukan artis namun penulis suka kelunakan suaranya mengalunkan lagu ini bersama gitarnya. Ayuh, dengarkan Bulan Ditutup Awan versi Anis. Suara menarik, orangnya cantik!

Mar 12, 2012

Yuna - Terukir Di Bintang


Penulis bukanlah peminat Yuna tetapi ada juga lagu gadis ini yang melekat di telinga. Penulis tidak tahu lagu yang penulis suka ini lagu baru atau sudah lama terbit di pasaran ekoran kurang mengambil cakna perkembangan artis ini. Antara lagu Yuna yang penulis suka ialah Terukir Di Bintang. Mood lagu ini membuatkan penulis rasa bagaikan bercinta di zaman dahulu.

Feb 20, 2012

Jimmy Palikat - Anak Kampung


Gara² minggu muzikal Raja Lawak 6, lagu yang dinyanyikan dek Kumpulan Zero berjaya mencuri tumpuan penulis, lalu tanpa sebarang maklumat penulis memulakan pencarian lagu ini. Bayangkan mencari sebuah lagu tanpa nama penyanyi dan tajuk lagu, ibarat mencari kilauan intan di dalam timbunan kaca. Akan tetapi, penulis berjaya juga mencari lagu yang sering kali diputarkan di Radio Sabah ini.

Jan 11, 2012

Kim Jong Wook feat Kang Min Kyung - If You Pretend


Penulis begitu menyukai lagu ini walaupun baru sekali mendengarnya. Penulis suka dengan melodinya dan juga liriknya yang bersahaja. Pendek kata, gandingan Kim Jong Wook dan Kang Min Kyung (Davichi) di dalam lagu If You Pretend ini benar² mencuri tumpuan.

Jan 1, 2012

Satu Januari Dua Ribu Dua Belas


Bertemu lagi kita di lembaran kalendar 2012. Bercakap tentang tahun baru, pasti ramai orang akan bertanya tentang azam baru. Pada penulis, azam Masihi sama dengan azam Hijrah. Ada juga azam tahun lepas yang belum tercapai, dibawa terus ke tahun ini. Semoga tahun ini, keinginan tersebut berjaya dipenuhi. Doakan penulis!

Dec 25, 2011

One Direction - What Makes You Beautiful

ONE DIRECTION


Dec 8, 2011

Flower - Broken Yesterday



Jun 28, 2011

Rhythm Of Love


Mari kita layan lagu dari kumpulan Plain White T's. Lagu ini cukup santai dengan melodi yang lemah gemalai. Cukup membuatkan hati berbunga riang dan penulis sangat suka. Ya, penulis memang jiwang berlumut bak kata seorang rakan. Mungkin anda juga akan menyukai lagu ini. Layannn!

Jun 14, 2011

Sesuatu Yang Berbeza


Anda pernah dengar lagu ini?? Ya, kalau anda peminat drama bersiri Nora Elena, pastinya lagu ini tidak asing menerjah gegendang telinga. Penulis tidak pernah mengikuti drama tersebut tetapi lagu temanya ini dipos oleh seseorang di Facebook dan penulis tertarik dengan liriknya.

Ramai yang bertanya kemana menghilangnya penulis sehingga blog ini tidak dikemaskini selama setengah bulan. Penulis masih berada di laman maya ini tetapi tiada mood untuk menulis. Terlalu banyak urusan yang perlu penulis selesaikan di dunia realiti. Maaf, penulis tidak mahu berkisah tentang misi yang telah penulis tempuhi. Biarlah ia kekal menjadi rahsia buat diri sendiri. Terima kasih kerana cakna pada penulis. ☺

Hati ini masih berbelah bagi, antara mahu meneruskan pengembaraan atau berhenti di kala kaki sudah diatur sejauh ini, penulis hanya mampu berserah. Cuma, doakan agar penulis membuat keputusan yang bakal memberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Buat insan² yang mengerti, aku selalu sayang pada kamu. ♥

May 30, 2011

Smooth Criminal


Dua anak muda telah memberikan nafas baru kepada lagu Smooth Criminal dengan sentuhan cello yang begitu memukau. Lagu ini pernah dipopularkan oleh lagenda yang telah pergi, siapa lagi kalau bukan Michael Jackson. Mereka yang lebih dikenali sebagai 2 Cello's merupakan jejaka yang diberi nama Stjepan Hauser dan Luka Sulic.

Apr 23, 2011

I Do


Mula² penulis mendengar lagu ini di dalam iklan TV3 (kalau tak salah), tiba² berasa suka pula. Kemudian, penulis memulakan operasi mencari lagu tersebut dengan menggunakan lirik yang penulis dengar di kaca tv.

Apr 19, 2011

Hos Lagu Di Soundcloud


Seandainya anda mahu mempromosi lagu² kegemaran anda di blog, anda telah berada di topik yang betul. Di kesempatan kali ini, penulis ingin berkongsi satu lagi laman web yang sudah lama penulis temui tetapi jarang² pemulis gunakan. Akan tetapi, ia mungkin sesuai untuk anda yang masih tercari² laman web yang bagus untuk menghoskan mp3 sekaligus berkongsi dengan rakan yang lain.

Apr 11, 2011

Hos Fail Di Divshare



Jika anda sedang mencari laman web yang boleh menghoskan pelbagai jenis fail, anda berada di topik yang betul. Laman web ini bukan sahaja menyokong pelbagai jenis format fail seperti audio, video, dokumen dan lain² malah anda turut diberi pilihan untuk mendownloadnya, berkongsi di blog atau diemailkan kepada orang lain.

Dec 25, 2010

Dengar Lagu Percuma Di Grooveshark


Kebanyakan dari kita gemar bersantai sambil mendengar muzik, bukan?? Tahukah anda bahawa anda boleh mendengar muzik secara langsung tanpa memuatturunnya jika anda tidak mempunyai kapasiti hard disc yang besar. Ianya umpama sebuah gedung muzik yang besar kerana banyak lagu dimuatkan di dalamnya.