Oct 4, 2007

Favicon Generator


Gambar diatas menunjukkan favicon yang penulis telah letakkan pada blog penulis. Favicon ini ialah logo atau gambar yang diletakkan di hadapan alamat sesuatu blog / website. Anda boleh memilih logo yang anda mau dari internet atau pun menggunakan gambar dari komputer anda sendiri. Penulis memilih untuk menggunakan gambar dari komputer. Untuk melakukannya, penulis perlu mengecilkan dahulu gambar tersebut di Favicon Generator. peace




Gambar yang terpapar seterusnya itu ialah Favicon Generator yang penulis maksudkan. Sekiranya anda mahu meletakkan ayat bergerak di dalam Favicon, anda cuma perlu tandakan kotak Animate Favicon. Seterusnya, Download Favicon dan hostkan di Imageshack. Tugas anda selanjutnya ialah masukkan kodnya ke dalam blog.

Mula² carik perkataan <head>. Kemudian masukkan kod ini dibawahnya.



Nota : Favicon boleh diletakkan menggunakan format .ico atau .gif. Terpulang pada anda. setan

Update 2 Januari 2008

Ada favicon yang tidak keluar jika kod diletakkan selepas
<head>. Justeru anda perlu mengubah kod tersebut dengan meletakkannya di bawah </head>.

Oct 3, 2007

Cipta Folder Tanpa Nama


Lazimnya apabila kita membuat folder baru di dalam Windows XP, folder tersebut akan dinamakan New Folder sebagai nama asasnya. Kali ini, penulis akan tunjukkan kepada anda cara untuk membuat New Folder tapi tiada nama. Caranya mudah saja. Jom kita belajar. kenyit


  1. Anda perlu buat New Folder seperti biasa.
  2. Kemudian tekan Alt + 255 serentak dan tekan Enter.
Nota : Pastikan anda menggunakan nombor di sebelah kanan keyboard anda, bukannya nombor di atas huruf ABC.


Folder anda akan menjadi kosong seperti di atas. Tiada lagi perkataan New Folder. Mudah sajakan?? Selamat mencuba. peace

Oct 2, 2007

Kotak Carian


Eriyza's Blog



Cuba cari sesuatu di dalam blog ini dengan menaip di dalam kotak dan tekan butang Go.


Carian di dalam sesuatu laman web / blog dianggap penting bagi sesetengah orang yang ingin menggunakan jalan pintas untuk mencari sesuatu bahan cerita yang mereka ingini. Jika anda ingin meletakkan kotak carian (Search) di dalam blog anda, penulis akan memberitahu caranya. kenyit


Anda cuma perlu mengikuti cara² dibawah untuk membuat kotak carian.



Ingat, anda perlu menukar perkataan YOUR BLOG URL dan NAME OF YOUR BLOG dengan alamat blog anda sendiri. Tujuannya agar pencarian boleh memanggil isi kandungan blog tersebut. Anda boleh mencubanya sendiri. Mudah sajakan?? sedih