Apr 30, 2008

Fakta Tentang Penulis II


Akhir² ini penulis sibuk menukar template blog sehingga terlewat sedikit menunaikan virus tag dari Kelat. Di kesempatan ini, penulis akan menjawab soalan tag yang telah dikemukakan kepada penulis. Mari kita lihat apa terma dan syarat tag kali ini. topi

1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.


Ok, ini jawapan dari penulis.
  1. Seorang yang sederhana di dalam banyak hal.
  2. Sukakan alam semulajadi yang mendamaikan.
  3. Selalu melawak ketika bersama para pelajar.
  4. Gemar bersiar² santai dengan ahli keluarga.
  5. Sering shopping pakaian apabila poket penuh.
  6. Muzik global pelbagai genre menjadi halwa telinga.
  7. Boleh menghabiskan banyak masa depan komputer.
Tag ini akan penulis sebarkan pula kepada sahabat² yang lain iaitu Angah, Eiza83, Dekan, Zarielazie, Gadisipoh, Harif dan Idham. Selamat menjawab kepada bloggers² yang terkena virus nih. ihikhik

Apr 29, 2008

Antivirus Online II


Anda mahu mengimbas fail tertentu di dalam komputer anda, malangnya tiada sebarang perisian Antivirus diletakkan di dalamnya. Usah khuatir, anda boleh memilih alternatif lain iaitu dengan menggunakan pengimbas di dalam talian. Anda cuma perlu mengupload fail atau dokumen yang ingin diimbas, kemudian tekan butang send file. kenyit


Antivirus ini akan mengimbas fail anda dengan pantas. Hasil carian dari enam jenis pengimbas akan dipaparkan untuk anda. Anda boleh mengimbas fail yang bersaiz tidak lebih dari 20M. Selamat mengimbas di Filterbit. menari

Apr 28, 2008

Permainan Online : Teka-Teki Matematik


Para pembaca sekalian, jika anak² anda punya masa lapang dan gemar bermain dengan permainan di dalam talian, penulis ingin menyarankan permainan matematik untuk memantapkan minda. Permainan ini berbentuk teka-teki. Ada sembilan kotak disediakan manakala kotak paling tengah telah diberikan satu jawapan. kenyit


Anda cuma perlu mengisi nombor ke dalam setiap kotak yang disediakan untuk mendapatkan jumlah hasil tambah tiga nombor agar sama dengan jawapan yang telah diberi. Setiap nombor hanya boleh digunakan sekali sahaja. Ianya berbentuk melintang, menegak dan juga menyendeng. Ia juga didatangkan di dalam dua pilihan iaitu tahap mudah dan tahap sukar. Permainan Teka-Teki Matematik ini sangat sesuai untuk dijadikan latihan tambahan bagi anak² anda. Selamat belajar. peace