
Selaku pemilik mutlak blog ini, penulis bercadang untuk menutup blog ini. Meskipun penulis belum membuat keputusan muktamad tetapi penulis asyik terfikir untuk berbuat demikian. Sebelum anda bertanyakan soalan bertubi², penulis sudah sediakan sebab musababnya.
Anda boleh membuat undian untuk menentukan nasib blog ini. Berikan alasan anda untuk jawapan yang anda pilih. Tidak mustahil penulis menurut keputusan yang diperolehi hasil daripada undian anda. Terima kasih.
Update : 19 Mei 2009
Undian sudah ditutup. Terima kasih kerana sudi memangkah.
Motif² penutupan :-
1. Mahu berblog di blog Eriyza.Aeropama.Com.
- Serius penulis malu dengan Aeropama kerana blog yang beliau taja jarang sekali penulis kemaskini. Tanpa disedari blog itu diblogtirikan kerana tumpuan penulis berikan kepada blog ini. Penulis tidak patut mengabaikan blog yang dibayar berbanding blog percuma ini.
2. Blog ini kurang komen.
- Tidak percaya?? Setakat topik ini ditulis jumlah kesemua entri ialah 655 manakala komen yang diterima cuma 1749. Cuba anda bahagikan sendiri, jumlahnya terlalu sedikit bukan?? Meskipun telah banyak tutorial yang penulis terbitkan di sini tetapi ianya tidak mendapat respon dari pembaca. Apalah gunanya tutorial jika tiada sesiapa yang sudi mencuba. Penulis seolah² syok sendiri. Peliknya, blog penulis ini dilinkkan di berpuluh² blog lain. Malah, penulis sendiri terjumpa banyak tutorial yang penulis ajar digunapakai oleh orang lain tetapi sepatah ucapan 'terima kasih' pun tidak diberikan.


