Sep 30, 2009

Carian Lebih Pantas Dengan Everything


Lazimnya anda menggunakan fungsi Search di Start Menu untuk mencari fail atau folder yang anda lupa lokasinya. Tetapi carian seperti ini kadangkala lembap dan anda perlu menunggu seketika sebelum keputusannya dipaparkan. Untuk itu, anda boleh mencari alternatif lain untuk mempercepatkan proses carian tersebut


Dengan menggunakan perisian Everything, tugas anda menjadi lebih mudah. Anda cuma perlu melancarkan programnya sahaja. Kemudian, taip kata kunci berkaitan dengan bahan yang ingin anda cari. Sekelip mata, ia akan memaparkan semua benda yang berkemungkinan besar mempunyai kaitan dengan pencarian anda tadi. Menariknya, ia juga didatangkan di dalam bentuk portable. Cubalah, anda pasti suka.

Via : Sembang Komputer

Sep 29, 2009

Buang Alamat Pautan Dalam Microsoft Word


Kadangkala apabila menulis di Microsoft Word, ada sesetengah ayat kita ambil (copy) dan tampal (paste) terus dari laman sesawang. Akan tetapi jika ayat yang kita mahukan itu mempunyai pautan (link) ke laman sesawang tertentu, tentu ia sedikit sebanyak melambatkan tugas kita untuk membuang alamat pautan tersebut satu persatu.


Kali ini penulis mahu berkongsi cara untuk membuang alamat pada pautan yang tidak dikehendaki dengan cara yang pantas.

1. Buka Microsoft Word. Ambil ayat dari laman sesawang tertentu.

2. Tampal ayat tersebut di Microsoft Word anda.

3. Highlightkan (CTRL + A) ayat yang anda ingin buang alamat pautan. Kemudian, tekan CTRL + Shift + F9.

Seketika kemudian, kesemua pautan tadi akan menjadi ayat biasa. Mudah saja. Selamat mencuba.

Via : Logical Tips

Sep 27, 2009

Semak Multi Email Dengan Webmail Notifier


Kebanyakan pengguna internet mempunyai lebih dari satu email. Antara penyedia email terkenal ialah Yahoo dan Gmail. Penulis yakin anda juga mempunyai akaun email di kedua²nya. Justeru, jika anda menggunakan Firefox, anda boleh menyemak email² anda dengan mudah tanpa perlu login satu persatu akaun² tersebut.


Anda cuma perlu memasukkan addon Webmail Notifier ke dalam Firefox anda. Kemudian, lengkapkan maklumat Username dan Password pada email pilihan anda. Seterusnya Add sahaja email tersebut. Setakat ini, ia menyokong email² seperti berikut :-

- mail.google.com(Gmail & Google Apps)
- mail.yahoo.com (yahoo.com, ymail.com, rocketmail.com)
- mail.live.com(hotmail.com, msn.com, live.com)
- www.daum.net(hanmail)
- www.naver.com
- www.empas.com
- www.nate.com

Jumlah email yang belum di baca akan dipaparkan pada sudut kanan di status bar anda. Anda klik sahaja di situ dan anda akan di bawa ke akaun email anda. Mudah dan cepat.