Dec 20, 2004

Batalkan Penikahan Melalui sMs! Huhhh!!!

Pengantin pompuan besanding sengsorang kraner pengantin lelaki tamau kawen.

KLUANG: Seorang bakal pengantin di sini terpaksa melupakan majlis pernikahan dan persandingan pada saat akhir apabila pasangannya memutuskan pertunangan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Jumaat lalu.

Bagaimanapun, majlis kenduri diteruskan di rumah pengantin perempuan di Felda Ulu Dengar, Kahang Timur, dekat sini kelmarin berikutan kad jemputan sudah diedar kepada kira-kira 1,000 tetamu, rakan dan saudara mara.

Norlida Abdul Rahman, 23, menerima SMS bertulis ‘Pa minta maaf harap Ma faham. Mungkin ditakdirkan kita tak ada jodoh. Minta maaf kat abah dan mak, bukan niat Pa untuk malukan depa’, daripada pemain bola sepak sebuah negeri, 19 jam sebelum majlis pernikahan mereka.

Norlida berkata, sebelum itu beliau berulang kali mengesan tunangnya yang menghilangkan diri, tetapi gagal hinggalah pada jam 2 pagi Jumaat, dia menerima SMS yang meminta maaf dan mengatakan mereka tiada jodoh.
Beliau mengenali tunangnya ketika menyambung pelajaran di Pulau Pinang pada Ogos 2001 menerusi seorang rakan. Ketika itu, lelaki terbabit sudah bermain dalam Liga Malaysia, tetapi mewakili negeri lain.Selepas dua tahun berkawan, mereka akhirnya mengikat tali pertunangan Julai tahun lalu dan merancang mendirikan rumah tangga tahun ini.“Semua persiapan berjalan lancar sehinggalah pada Isnin (13 Disember) lalu, apabila tunang saya menunjukkan sedikit perubahan dan kelihatan ragu-ragu mengenai perkahwinan kami."Mulanya dia mengatakan mungkin tak ada jodoh.

Bagaimanapun, selepas berbincang dia kembali seperti biasa dan meneruskan perbincangan mengenai persiapan perkahwinan kami."Kali terakhir saya dapat berbual dengannya ialah pada Khamis, 16 Disember lalu. Ketika itu, dia menelefon saya dan mengatakan dia sudah memasukkan baki wang hantaran RM4,000 daripada RM6,000 ke dalam akaun saya," katanya.Norlida bagaimanapun berkata, beberapa jam selepas itu abang tunangnya menelefon dan bertanya sama ada dia dapat menghubungi tunangnya kerana mereka sekeluarga tidak dapat mengesan lelaki berkenaan.

Katanya, dia cuba berulang kali mengesan tunangnya itu, namun gagal hinggalah pada jam 2 pagi Jumaat, dia menerima SMS yang meminta maaf dan mengatakan mereka tiada jodoh."Pada pagi Jumaat, saya menghubungi keluarganya dan mereka meminta hari pernikahan yang dijadualkan selepas Isyak pada Jumaat lalu ditangguhkan keesokannya (Sabtu) untuk memberi mereka peluang mencari tunangnya."Bagaimanapun, sehingga pagi Sabtu tiada sebarang berita mengenainya dan keluarganya mengatakan tidak dapat datang kerana pengantin lelaki sudah tiada," katanya.



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.