Norlida bersama Hasmawi ketika bertunang pada Julai 2003.
KLUANG: Jururawat, Norlida Abdul Rahman, semalam melantik peguam untuk mengendalikan tindakan undang-undang ke atas pemain bola sepak Kedah, Hasmawi Hassan, yang membatalkan perkahwinan mereka sebelum pernikahan berlangsung, Jumaat lalu.
Norlida, 23, yang ditemani abangnya, Mohd Zain, 28, dan abang angkat, Rosman Fozir, 25, pergi ke pejabat Tetuan K Siladass & Partners di sini kira-kira jam 2 petang semalam untuk berbincang mengenai kes berkenaan.Peguam, K Siladass, ketika ditemui berkata, pihaknya akan memfailkan tuntutan saman mengikut peruntukan undang-undang am ke atas Hasmawi di Mahkamah Tinggi Muar, tengah hari ini.“Norlida melalui pengalaman menakutkan. Bagi gadis muda sepertinya, ini sesuatu yang menyukarkan. Dia sudah mengarahkan kami mengendalikan prosiding perundangan dan kami sedang melakukannya,” katanya.Siladass berkata, notis berkenaan mengandungi tuntutan ganti rugi am ke atas kesukaran yang dialami jururawat terbabit serta keluarganya berikutan kejadian yang amat memalukan itu.
Ditanya sama ada sebarang jumlah tuntutan ganti rugi dibincangkan pada pertemuan itu serta nilai dikemukakan kepada mahkamah, Siladas berkata: “Kami tidak bincangkannya...nilainya biar mahkamah tentukan.”Norlida yang kelihatan tenang dan tabah menghadapi kejadian itu, berkata keputusan mengambil tindakan undang-undang ke atas bekas tunangnya itu dipersetujui semua ahli keluarga.“Ayah (Abdul Rahman Mansor) setuju (tindakan undang-undang)...semua ahli keluarga bersetuju,” katanya, sambil menambah rasa kasihnya terhadap Hasmawi semakin terhakis ekoran peristiwa itu.“Buat masa ini, hati saya sudah tertutup buatnya. Lagi pun, sampai sekarang dia atau ahli keluarganya tidak langsung menghubungi saya atau keluarga,” katanya.Gadis bertubuh langsing itu bagaimanapun sedikit sedih apabila ditanya sama ada dia sedia memaafkan Hasmawi jika bekas tunangnya itu atau ahli keluarganya memohon maaf.“Saya masih kebingungan dan tak percaya perkara ini berlaku. Malu sangat. Perkara ini tidak seharusnya berlaku dan ia menyakitkan.
Hasmawi langsung tidak memberi penjelasan, begitu juga ahli keluarganya.“Kejadian ini menjejaskan masa depan saya. Jadi, saya sudah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang sewajarnya dan menyerahkan segala urusan kepada mereka,” katanya.Kisah Hasmawi dan Norlida mendapat perhatian apabila pemain bola sepak Kedah itu memutuskan pertunangan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), kira-kira 19 jam sebelum pernikahan dilangsungkan, Jumaat lalu.Bagaimanapun, majlis kenduri tetap diteruskan di rumah pengantin perempuan di Felda Ulu Dengar, Kahang Timur, Kluang, Ahad lalu berikutan kad jemputan sudah diedar kepada kira-kira 1,000 tetamu, rakan dan saudara mara.
IkLan : Baguih laa Norlida, memang patut pun hang saman lelaki takdak prinsip camtuh. Huhhh!!!
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.