Petang tadi aku sedang ralit memantau blog dan website Peterpan aku, tetiber aku tedengo sora seseowg bagi salam kat bapak aku. Ntah mengapa, aku raser cam penah kukenali je sora tesebut. Aku cuber meninjau saperkah gerangan tuan empunya sora tesebut. Tetiber, jantungku bedegup pantas tatkala melihat wajah empunya sora. Kalo ler disaat tuh aku sedang memegang gelas kaca, nescaya gelas tesebut akan jatuh lantas pecah bekecai.
"Dik, hingat lagik tak sape nih?", dier betanya sambil melemparkan sekuntum senyuman.
"Nampak lain je skarang", aku menjawab ngan nada sora bergetar.
"Lain apenya? Samer jugak cam dedolu". Dier senyum lagik.
Senyuman yg penah kulihat satu ketika dahulu. Dia hanya singgah seketika cuma. Namun, kehadirannya benar-benar membuatkan aku sedikit rimas. Kalo bleh aku x mahu bejumpa ngan owg nih lagik tp takdir membawanya semula kesini pabila dier memberitahu akan memulakan tugasnya disini setelah bertukar dari Kemaman ke Kuala Terengganu pada Ogos 1998. Setelah tujuh tahun berlalu, kini dier kembali lagik. Mungkin selepas nih, aku akan kerap teserempak ngannya dimana-mana walaupun aku ingin hindari hal ini tp selamer manerkah aku mampu mengelak? Heharap aku takkan kerap teserempak ngannya.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.