Herm, dua tiga arinih bapak aku asik sakit/pening kapla jerk. Malam semalam aku dah bawak pi klinik tp time tuh doktor dah tanak amik pesakit dah, kami cumer beli obat jerk. So, arinih aku bawak lagik bapak pegi klinik. Adehai, tinggi siut tekanan darah bapak aku. Patut laa dier asek pening jerk. Doktor suh dier masuk wad tp dier bekeras tanak sal banyak keja kat kedai katernya tp aku ngan tegasnya menyuruh dier masuk wad. Akhirnya bapak aku akur gak. Kuasa veto dok ditangan aku. Bapak aku pun kena dengo cakap anak sulung dier nih. Ekekeke!
Pas doktor tulih surat tuk masuk wad, kami pegi ke bahagian kecemasan di Hospital Kemaman. Sepjg hampir tiga jam menunggu bapak aku di luar unit kecemasan, aku sempat melihat pelbagai ragam pesakit dan kaum kuarga yg menunggu di luar unit kecemasan. Antarernya aku melihat kes kemalangan yg melibatkan dua orang lelaki dan sorang pompuan. Aku juga melihat sekumpulan wanita menitiskan airmater sambil ditenangkan oleh ahli kuarga lelaki mereka. Aku difahamkan salah sorang anggota kuarga mereka sakit tenat. Aku dan adeq lelakiku pun gelisah menunggu kerana bapak kami dah lamer masuk ke dalam unit kecemasan tesebut. Akhirnya aku pulang ke rumah seketika tuk mengambil brg-brg kepeluan bapak sepjg di wad nanti dan juga mengambil mie dan adeq pompuanku.
Herm, menapak ke hospital lagik laa aku lam minggu depan. Mie baru aje kuar wad, skarang nih bapak plaks. Sebenonya aku wisaukan kesehatan ibu bapaku tp aperkan daya, aku hanya mampu mendoakan agar dorangs ehat walafiat. Insya allah. Walo sesedeh maner pun aku, prasaan tuh musti aku simpan. Aku musti cekal tuk menghadapi aper saje dugaan kraner aku anak sulung. Anak sulung pelu bejiwa kental, baru laa bleh menjaga ibu bapa ngan sebaik mungkin. Doakan bapak aku cepat sembuh yerk. Amin.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.